Dalam usaha untuk selamat khususnya di akhirat dan umumnya di dunia ini, kita mestilah mengenal. Hal ini kerana dengan mengenal, kita dapat membeza. Dengan membeza, kita dapat menyaring. Dengan menyaring kita dapat kebenaran, ketenangan, keselamatan, kejayaan dan kebahagiaan.
Dalam beragama, dalam jalan keTuhanan, dalam jalan keruhanian, dalam bertasawuf, bertariqah, berihsan dsu, carilah yang lurus lebih dahulu, bukannya cari yang terdengar hebat lebih dahulu. Utamakan cari yang lurus dahulunya berbanding yang hebat2, yang dahsyat2, yang besar2, yang ramai2, yang pelik2 dahulunya. Kita dapat yang lurus - insya-Allah fikiran jadi lebih tenang, hati jadi lebih tenteram, rasa selamat, rasa puas, rasa sangat bererti.
Kita tidak mengejar karamah tapi kita mengusahakan istiqamah. Oleh itu, buat solat sunat setiap hari, tilawah & tadabbur setiap hari, dakwah setiap hari - walaupun sedikit. Biar sedikit, asalkan istiqamah.
Ealakkan daripada terpengaruh dan terikut dengan orang2 yang mazmumah, tokoh2 yang mazmumah, perkumpulan2 atau circle yang mazmumah, bidang2 yang mazmumah, majlis2 yang mazmumah, perjuangan2 yang mazmumah dsb… kerana itu semua menjadi pintu2 kubah hati yang terbuka. Ia akan mempengaruhi dan merosakkan qalbu kita.
Kita ini berada di atas jalan sufi. Walaupun kita mungkin belum mencapai tahap sebagai ahli sufi, tapi sekurang2nya kita sudah menjadi pelajar sufi. Sebagai seorang pelajar sufi, sepatutnya kita mahmudah dari segi pemikiran, lebih daripada orang2 biasa. Kita sepatutnya mahmudah dari segi kata2, lebih daripada orang2 biasa. Dan kita sepatutnya mahmudah dari segi perbuatan dan tingkah laku, lebih daripada orang2 biasa.
Tasawuf ini bukan sekadar berlazat2 mengumpul dan mengkayakan maklumat, tetapi juga kena berlazat2 berusaha mempraktikkan maklumat2 tersebut.
Tasawuf ini bukan ilmu berlazat2 berdiam duduk setempat, tapi juga ilmu kena berlazat2 bangun membuat.
- Petikan daripada Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-304 (tahun ke-16), syarahan Kejaiban Qalbu siri ke-26 oleh Paklong Abu Zulfiqar, 26 Oktober 2026
No comments:
Post a Comment