Sunday, November 15, 2026

Dalam Tarekat Ghazaliyah Belajar Apa?

 

Pagi tadi datanglah satu pertanyaan yang berbunyi : “Dalam Tarekat Ghazaliyah belajar apa?” Kita pun mengambillah daripada nota lama jua adanya. Maka sebeginilah jawapannya…

 

SUKATAN TARBIYAH TARIQAH GHAZALIYAH

1. Penerangan, Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah

2. Keindahan & Kemanisan Amal – Fadhail (Kelebihan) Amal

3. Asas Ilmu Hadith (Tatacara Penggunaan Hadith2)

4. Kitab ‘Ilmu (Ihya’ ‘Ulumuddin)

5. Ilmu ‘Aqidah Imam al-Ghazali (Risalah Qudsiyah)

6. Ilmu Bahasa Halus (Laras Bahasa Sufi)

7. Kitab Terperdaya (Ihya’ ‘Ulumuddin) & Pembongkaran Helah2 Yang Memperdaya

8. Kitab Cinta Allah (Ihya’ ‘Ulumuddin)

9. Kitab Faqir & Zuhud (Ihya’ ‘Ulumuddin)

10. Pengisian Khas : Lanjutan Lafaz Zikrullah Harian

11. Kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal

12. Pengisian Khas : Perbezaan Sufi & Awwam

13. Sejarah Imam al-Ghazali

14. Sejarah Raja2 Bertarekat Ghazaliyah

15. Sejarah Masyaikh Tarekat Ghazaliyah di Nusantara

16. Ringkasan Sejarah Ulama2 Bertarekat Ghazaliyah

17. Kitab Misykat al-Anwar

18. Ilmu Tentang Tafsir Mimpi

19. Ilmu As-Sa’ah  (asas)

20. Ilmu As-Sa’ah (lanjutan)

21. Kitab Latihan Jiwa (Ihya’ ‘Ulumuddin)

22. Kitab Keajaiban Qalbu (Ihya’ ‘Ulumuddin)

23. Kitab Risalah Ladunniyah

24. Kitab Tauhid & Tawakkal (Ihya’ ‘Ulumuddin)

25. Bahasa Halus / Laras Bahasa Sufi (lanjutan)

26. Ilmu Alam Imam al-Ghazali & Agama2 Dunia

27. Kitab Kematian (Ihya’ ‘Ulumuddin)

28. Pengisian Khas : Rahmat Allah

29. Maqam2 Selepas Ma’rifatullah (selepas awwal ad-diin iaiatu nisf ad-diin, akhir ad-diin & kamal ad-diin)

30. Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin (secara keseluruhannya)

 

*Semua pelajaran bersanad dan muttasil.

*Semua kitab adalah karangan al-Imam al-Ghazali sendiri.

 

ADAB2 BERGURU (KESOPANAN DALAM MENGAMBIL ILMU)

Dihuraikan daripada adab2 murid menurut Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin :

 

Adab ke-3 : Elakkan bertanya hal2 lanjutan sebelum sampai waktunya. Seboleh2nya, elakkan bertanya hal yang tinggi2 sebelum sampai waktunya. Bersabarlah, kerana banyak hikmahnya. Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya’ : “Guru lebih tahu tentang keahlianmu dan bila masanya untuk sesuatu ilmu itu perlu disampaikan kepadamu.” (tamat petikan). Jangan mendesak2 guru anda.

 

Adab ke 5 : Jangan tumpu pelajaran kita ini sahaja. Kena cari juzuk2 lain ilmu agama Islam ini seperti ilmu fiqh (dan usul fiqh), hadith (dan mustolah hadith), ilmu membaca Al-Quran, ilmu2 fardhu kifayah dsb.

 

Adab ke-6 : Kena bijak pilih ilmu yang mahu dikuasai kerana masa kita tak banyak. Tak ada orang yang mampu kuasai sepenuhnya ilmu2 dalam agama Islam ini. Pilih yang lebih penting dalam yang penting2. Dalam Tarekat Ghazaliyah ini pun, utamakan untuk selesaikan ilmu2 yang bertaraf mesti. Ilmu2 yang bertaraf digalakkan tapi tidak mesti itu boleh dikemudiankan.

 

Adab ke-7 : Belajar ikut tertib, aturan. Jangan melompat2. Jangan dahulukan yang kemudian atau kemudiankan yang dahulu. Tetapi memang ada ilmu2 tertentu yang kita boleh didahulukan selagi bersesuaian.

 

Adab ke-9 : Matlamat terhampir yang mahu dicapai dalam al-ihsan, tasawuf, sufi tariqah ini adalah untuk mengubat, menyembuh, menyihat dan menghiasi hati dengan akhlak yang mulia, dan menghiasi anggota badan dengan akhlak yang mulia. Ini matlamat terhampir, maqsud yang paling awal, visi dan misi yang mesti didahulukan. Bukannya matlamat awal itu berjaya menguasai 1000 cabang ilmu atau menghabiskan 1000 sukatan pelajaran.

 

 

Kebalikan daripada huraian adab2 guru pula :

 

Adab ke-6 : Kita kena faham bahawa tugasan dan tanggungjawab si guru itu dalam tariqah ini sangat banyak. Hendak meletakkan ilmu2 dan melaksnakaan program2 yang sesuai dengan keupayaan murid2 yang tentunya saling berbeza - itu baru salah satu sahaja daripada tanggungan di guru. Bahagian ini pun sudah agak susah sebenarnya.

 

Adab ke-7 : Dahulukan sangka baik jika guru belum menyampaikan sesuatu juzuk ilmu. Hal itu sebenarnya adalah untuk kesejahteraan dan keselamatan perjalanan keruhanian si murid.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

15/11/26

No comments: