Sekiranya kita lama dalam tarbiyah kesufian dan tekun pula, insya-Allah kita akan sampai ke tahap mengenal syaitan dan mengenal malaikat - bukan setakat tahu. Dan kita dapat mengenal serta membezakan dengan baik yang mana satu “bisikan” syaitan dan yang mana satu “hembusan” malaikat. Kita akan ada ilmu membeza dan ilmu menyaring.
Ilmu mengenal, membeza dan menyaring inilah yang Iblis dan syaitan sangat tidak suka. Iblis dan syaitan sangat suka pula jika kita tidak berminat untuk mengenal, tidak mahu membeza dan tidak mahu menyaring. “Alah… semua pun sama saja. Lebih kurang sama aja.” Haaa… yang ini Iblis dan syaitan suka.
Apabila kita tidak dapat membezakan, atau lemah untuk membezakan antara bisikan syaitan dan hembusan malaikat, maka kita akan selalu menurut bisikan syaitan. Kita akan menurut kerana kita tidak sedar bahawa itu adalah bisikan syaitan.
- Petikan daripada Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-304 (tahun ke-16), syarahan Kejaiban Qalbu siri ke-26 oleh Paklong Abu Zulfiqar, 26 Oktober 2026
No comments:
Post a Comment