Monday, May 12, 2025

Bila Lagi Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah

 

Pertanyaan : Assalamualaikum pak long. Saya terlepas pandang majlis pengijazahan Tariqah Ghazaliah semalam sebab sekarang jarang2 guna Fb. Bila agaknya ada majlis lagi ye?

 

Jawapannya : Waalaikumussalam Xxxxxxxxxx. Ya, untuk tahun ini sudah berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu. Insya-Allah tahun 2026 pula. Setakat ini cadangnya sekitar bulan Mei juga. Cuma tahun ini umumnya merupakan tahun terakhir bagi saya mengijazahkan, kerana ada keperluan2 tertentu. Maka pada tahun hadapan, insya-Allah wakil saya Ustaz Dzul al-Ghazali akan mengijazahkan. Sekiranya mahu lebih awal dari itu, bolehlah cuba mengambil Tariqah Ghazaliyah ini dengan wakil saya di Pahang iaitu Tuan Abu Ihsan al-Ghazali melalui Fbnya (mengikut kelapangan beliau).

 

120525

No comments: