Monday, May 12, 2025

Ringkasan Pengajian Risalah Burung oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali

 

RINGKASAN PENGAJIAN RISALAH ATH-THAIR (AL-GHAZALI) syarahan oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali kali ke-6 (Mei 2025)

1. Majlis ini adalah untuk memperingatkan diri sendiri dan merapatkan hati kita dengan hati2 yang lain.

2. Pelajaran Risalah Ath-Thair (Risalah Burung) ini elok jika dapat disambung dengan kitab Sawanih (Imam Ahmad al-Ghazali)

3. Dalam kita meredah “lautan” dan “belantara”, banyak perkara perlu dikorbankan. Kita kena korbankan hati jiwa , masa, wang, tenaga dll.

4. Untuk apa/siapa pengorbanan itu? Untuk Allah Yang Maha Esa.

5. Segala yang baharu adalah hak milik Dia. Dia berhak dan layak untuk berbuat apa sahaja. Makhluk tidak boleh pertikai apa-apa.

6. Adanya kawan, teman, perkumpulan – bagus. Kerana ada yang boleh tegur, bantu dan guide kita.

7. “Terbang” beramai2 ini dari satu sudut bermaksud terbang berkawan2, berkumpulan atau berjemaah. Tapi dari sudut yang lain, “terbang” beramai ini adalah “terbang” bersama2 dengan mursyid.

8. Mursyid pula hendaklah mursyid yang “sudah sampai”, bukan sekadar rasa-rasa, agak-agak dsb.

9. Secara kasarnya, dalam perjalanan sebagai seorang salik, kenalah ada jemaah. Tapi secara halusnya, dalam perjalanan seseorang salik, kenalah ada mursyid. Kita “terbang” berama-sama mursyid.

10. Dalam berjemaah, biasanya mula2 memang ramai. Tapi seorang demi seorang akan tinggalkan kita. Sebenarnya Allah yang tapis.

11. Menurut Imam al-Ghazali, ada empat golongan yang ghurur (terpedaya) iaiatu ulama, ‘abid, sufi dan hartawan.

12. Seandainya seseorang itu handal, maka syaitan akan kacau bab yang halus2.

13. Ada seorang presiden yang hebat. Semua berada di bawah dia dan dia control. Tapi, dia jatuh oleh apa yang dia control itu.

14. Jagalah hati jangan dikotori. Jagalah hati lenetar hidup ini. Jagalah hati jangan dinodai. Jagalah hati cahaya Ilahi.

15. Allah menjadikan dunia dalam kegelapan, dan mataharilah yang jadi sinarnya. Allah jadikan hati dalam kegelapan, dan cahaya ma’rifatlah yang menyinarinya.

16. Ajaran yang menafikan kehendak dan upaya itu jabbariyah. Ajaran yang pegang syariat sahaja pula qadariyah. Yang bagusnya adalah yang dapat “menyeimbangkan” kedua-duanya iaitu ASWJ.

17. Karangan Abu Rayyan al-Ghazali :

 

Inilah sambungan kisah cak raya

Meredah segara dan belantara

Simbolik berkorban jiwa dan raga

Menuju Tuhan Yang Maha Esa

 

Cak raya terbang beramai-ramai

Simbolik kepada perlunya teman

Terbang ke sarang bukan keseorangan

Pemangkin semangat di kala naik turunnya iman

 

Perjalanan jauh telah dilalui

Banyak yang mati terkubur di bumi

Maish juga tak sampai lagi

Rupanya tertipu amalan sendiri

 

Ghurur terbahagi empat golongan

Imam Ghazali ada menyatakan

Ulama’, ‘abid, sufi dan hartawan

Begitu halus permainan syaitan

 

Jagalah hati jangan dikotori

Jagalah hati lentera hidup ini

Jagalah hati jangan sampai kaunodai

Jagalah hati cahaya Ilahi

No comments: