Monday, May 12, 2025

Belum Sufi Jika Amalmu Sebegitu

 Jika mendirikan solat, berpuasa, membayar zakat, menutup aurat dengan sempurna, menjaga penampilan, menjaga kata2, menyampaikan dakwah, membaca Al-Quran, menjaga tingkah laku dsb masih dibuat (yang utamanya) kerana dipaksa atau berasa terpaksa, itu belum sufi namanya. Malah jika dibuat atas dasar (yang utamanya) takut akan dosa dan neraka, atau atas dasar mengejar pahala dan syurga (yang semua ini aaaaaaamat bagus), pun masih belum sufi namanya. Apabila engkau melakukannya kerana engkau mencintai-Nya, terpesona dengan-Nya dan merindui-Nya, itu barulah berjejak ke halaman sufi namanya. Inilah antara amal yang diusahakan dan dimatlamatkan oleh para pelajar sufi, al-ihsan, tasawuf, tarekat dan seumpamanya. 010525

No comments: