Monday, May 12, 2025

Memahami Sedikit Kategori Keperluan dan Kehendak

 

MARI MEMAHAMI SEDIKIT TENTANG KATEGORI KEPERLUAN DAN KEHENDAK :

1.      Ada perkara2 yang bertaraf PERLU. Jika tak dapat, kita akan susah atau sangat susah. Ia mesti kita usaha untuk dapatkan. Dan sebenarnya kita memang diperintahkan untuk mendapatkannya.

2.      Ada perkara2 yang bertaraf KEHENDAK je. Jika tak dapat, kita ok ok sahaja. Di sinilah amat selalu berlakunya terkeluar daripada zuhud, mengikut kehendak hawa nafsu dan/atau boros. Sedapat2nya kita kena sangat kurangkan, atau elakkan jika mampu.

3.      Ada pul perkara2 yang terletak di tengah2 antara keperluan dan kehendak. Ia menghampiri perlu. Maka kita sebut sahaja sebagai HAMPIR PERLU. Jika tidak diperolehi, kita agak susah. Sebaik-baiknya kita usaha dapatkan. Dan kita memang dianjurkan/ digalakkan untuk mendapatkannya.

(Perincian hal ini lebih dalam lagi dalam ilmu fardhu al-ihsan dan ilmu fardhu as-sa’ah)

 

Contohnya (umumnya dengan nilai zaman sekarang) :

1.      Ali selalu makan di kedai A dengan bayaran RM10 ke RM12 – dapat nasi, air manis, dua jenis lauk. Ini biasa. Dia berbelanja pada hal2 yang bertaraf perlu dan hampir perlu sahaja.

2.      Abu makan di kedai B dengan bayaran biasanya RM10 tetapi SESEKALI sampai RM18 – dapat nasi istimewa, air manis, minuman panas, tiga jenis lauk, kuih. Ini juga biasa. Sesekali Abu memenuhi hal2 yang bertaraf kehendak tapi tidak melampau.

3.      Aslam rajin makan di kedai C yang sangat murah dengan bayaran RM10 sahaja – tapi dia makan nasi tiga jenis 3 pinggan penuh, air 5 jenis, lauk 8 jenis, kuih-muih 6 jenis, makanan ringan 4 jenis… dengan alasan murah (RM10 je keseluruhannya). Maka disangkakannya dia tidak terkeluar daripada zuhud, tidak melayan kehendak hawa nafsu, dan tidak boros.

 

Murah bukan bererti kita bebas melayan kehendak hawa nafsu.

 

PEMAHAMAN TENTANG MELAYAN KEHENDAK HAWA NAFSU

Melayan/ mengikut/ kalah dengan kehendak hawa nafsu itu bukan pada hal ehwal jimak sahaja (tapi inilah pemahaman kebanyakan orang), tetapi sama juga keadaannya dengan barang2 kemas, kenderaan, hobi, pakaian, perhiasan, penampilan diri, dekorasi kediaman, tanaman perhiasan, pelancongan, majlis2, dan sebagainya. Melayan KEHENDAK hawa nafsu turut berlaku dalam hal2 tersebut.

 

APA YANG KITA KENA CARI DAN KENA ELAKKAN?

1.      Yang bertaraf KEPERLUAN – kita mesti cari.

2.      Yang bertaraf HAMPIR PERLU – kita dianjurkan cari.

3.      Yang bertaraf KEHENDAK – kita kena control. Biarlah SANGAT sesekali mencari, atau sekadar ada, atau sekadar merasa.

 

“Tapi, saya ada duit dan harta yang sangat banyak, tujuh keturunan pun tak habis. Tak bolehkah saya tak mau zuhud, nak layan kehendak hawa nafsu, nak boros?”

Tetap tidak boleh. Benda2 itu sangat bagus jika dapat dihalakan kepada perjuangan agama dan umat.

 

“Tapi saya nak simpan jugak le banyak2 sebab… (pelbagai alasan).”

Boleh. Silalah menyimpan, bahkan SILALAH MEMBANYAKKANNYA. Tidak salah menyimpan dan bagus jika dapat diperbanyakkan. Cuma keluarkan zakat, BANYAKKAN sedekah, berilah hadiah2, SERINGLAHh bantu orang2 susah, seringlah bantu perjuangan agama, seringlah bantu dakwah2, seringlah bantu ummah. 040525

No comments: