Sunday, January 31, 2021

Tarekat Syaziliyah dan Tarekat Ghazaliyah

 

SOALAN : Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Tadi saya lihat di Youtube kajian tasawuf, dia bantah orang yang bilang Imam kita Hujjatul Islam Imam al-Ghazali tidak berguru, tapi setelah itu dia bilang Tarekat Syaziliyah itu lengkapnya adalah Syaziliyah Al Ghazaliyah. Sepertinya dia menyamakan Tarekat Ghazaliyah dengan Syaziliyah. Mohon pencerahan tuan ustadz.


JAWAPAN : Waalaikumussalam. Ya, saya sudah tonton videonya. Secara keseluruhannya memang bagus ilmunya dan penyampainya juga.


Sebagai tanggapan kepada persoalan-persoalan tersebut :


i) Imam Al-Ghazali ramai sekali guru-gurunya dalam soal agama, termasuklah ilmu-ilmu yang dalam tungku tasawuf. Karena itulah ada banyak sanad keilmuannya. Mana mungkin dia tidak punya guru.


ii) Yang itu juga tidak ada salahnya, cuma penjelasannya mungkin perlu dirincikan sedikit.


Dalam tungku tasawuf, ada tarekat2 yang lebih awal yang lebih berupa “jalan-jalan dasar” atau “mazhab-mazhab dasar” atau “sekte-sekte dasar”. Antaranya Tarekat Qusyairiyah, Tarekat Junaidiyah dan Tarekat Ghazaliyah. Daripada tarekat2 inilah kemudiannya melahirkan tarekat2 yang lebih berupa “organisasi”.


Daripada Tarekat Ghazaliyah itu nantinya melahirkan beberapa tarekat yang lebih berupa “organisasi” (ormas) seperti Tarekat ‘Alawiyah, Tarekat Suhrawardiyah, Tarekat Syaziliyah dan Tarekat Muhammadiyyah. Dasar kepada tarekat2 ini sebenarnya banyak bersumberkan kepada Tarekat Ghazaliyah.


Berikut merupakan mata rantai sanad Tarekat Syaziliyah yang berada dalam pengetahuan Tarekat Ghazaliyah ini.


  1. Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menyampaikan Tariqat Ghazaliyyah kepada

  2. muridnya Syeikh Abu Muhammad bin Soleh bin Hirzihim/ Harzihim/ Harazem (?-1112) yang menyampaikan kepada

  3. muridnya yang juga anak saudaranya Syeikh Ali Hirzihim (?-1163), iaitu pemimpin zawiyah Tariqat Ghazaliyyah di Fez, Maghribi yang menyampaikan kepada

  4. muridnya Syeikh Abi Madyan (1126-1198) yang menyampaikan kepada

  5. muridnya Syeikh Abdus Salam bin Masyis (?-1227) yang menyampaikan kepada

  6. muridnya Syeikh Abu Hasan asy-Syazili (1197-1258).


Kemudian Syeikh Abu Hasan asy-Syazili mengasaskan Tariqat Syaziliyyah. Daripada Tariqat Syaziliyyah ini nanti menerbitkan beberapa tariqat lain lagi.


(*Masyhur dalam kalangan para pengamal/praktisi Tarekat Syaziliyah bahawa Imam Asy-Syazili ada berpesan, kurang lebih katanya : “Sekiranya kalian berdoa, sertakanlah nama Imam Al-Ghazali.” Wallahua’alam)


Jadinya, memang benar bahawa tarekat-tarekat itu asalnya ialah :

i. Tariqah al-’Alawiyyah al-Ghazaliyyah

ii. Tariqah as-Suhrawardiyyah al-Ghazaliyyah

iii. Tariqah asy-Syaziliyyah al-Ghazaliyyah

iv. Tariqah al-Muhammadiyyah al-Ghazaliyyah


Namun seiring berjalannya waktu, lama-kelamaan “al-Ghazaliyyah” itu sudah semakin tidak disebut-sebut lagi lalu akhirnya seakan-akan menghilang. Dasarnya masih sama tetapi ilmu-imu dan praktiknya ada sedikit berbeda di sana sini. Terjadi perubahan kerana Tarekat Ghazaliyah itu ada kebutuhan/keperluan untuk disesuaikan dengan persekitaran (lingkungan) masa, lokasi, peristiwa dan orang-orangnya pada saat itu. Perubahan-perubahan ini tentunya membawa serba-sedikit perbedaan dengan Tarekat Ghazaliyah yang asal (yang aslinya).


Misalnya, Al-Faqih al-Muqaddam (Muhammad bin ‘Ali Ba’alawi) menerima Tarekat Ghazaliyah daripada Syaikh ‘Abdullah al-Maghribi. Lalu Tarekat Ghazaliyah ini disesuaikan dengan persekitaran masa, lokasi, peristiwa dan keturunan Nabi Muhammad SAW ketika itu. Hal ini kerana pada masa itu mereka tinggal di Yaman yang letaknya sangat jauh daripada mursyid-mursyid lain Tarekat Ghazaliyah di Afrika Utara. Untuk kebaikan semua pihak, maka Tarekat Ghazaliyah yang sudah disesuaikan itu dinamakan sebagai Tarekat ‘Alawiyah (Tarekat Ba’lawi) al-Ghazaliyah. Sekiranya berlaku sebarang perbedaan di kemudian hari, tidaklah wujud permasalahn antara Tarekat Ghazaliyah yang asal dan Tarekat Ghazaliyah yang sudah disesuaiakan menjadi Tarekat ‘Alawiyyah.


Kita contohkan dengan silat2 (silek) di Sumatera. Banyak silat2 yang berasal dari sana berkembang di Tanah Melayu sejak ratusan tahun lalu seperti silat Terlak (Taralak, Sitaralak), Harimau (Macan), Lintau, Minang (Minangkabau), Kemanga (Kumango), Tua, Cekak (Cakak), Luncur (Luncua) dan lain-lain.


Untuk tidak menimbulkan isu, misalkan saja ada silat dari sana yang namanya Silat Lautan (sekadar rekaan/fiksi sahaja, mohon maaf sekiranya ada kemiripan dengan pencak silat apa pun). 200 tahun yang lalu silat ini dibawa ke Tanah Melayu dan tersebar ke serata negerinya seperti Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Kedah dan lain-lain. Pada 200 tahun yang lalu perhubungan komunikasi dan kendaraan masih sangat terkebelakang (mundur). Oleh itu persekitaran masa, lokasi, peristiwa dan orang-orang sangat mempengaruhi perjalanan Silat Lautan. Hal ini membuatkan wujudnya serba- sedikit perbedaan antara kebanyakan perguruan Silat Lautan di Tanah Melayu berbanding yang asalnya di Sumatera.


Oleh itu kemudiannya wujudlah perguruan Silat Lautan Biru, Silat Lautan Sakti Raya, Silat Seri 7 Lautan, Silat Naga Lautan, Silat Lautan Senja dan sebagainya. Lama-kelamaan tinggallah nama Silat Biru, Silat Sakti Raya, Silat Seri 7, Silat Naga dan Silat Senja. Nama “lautan”nya sudah tenggelam. Kesemua perguruan ini dasarnya masih sama dengan Silat Lautan asli di Sumatera, tetapi sudah berbeda dalam beberapa hal yang lain.


150 tahun kemudian, salah seorang wakil Silat Lautan asli dari Sumatera diutus ke Malaysia untuk mengembangkan Silat Lautan asli dan mendapati kebanyakan silat2 Lautan yang sedia ada di Malaysia sudah ada perbedaan daripada yang asal. Namun baik Silat Lautan yang asal mahupun yang sudah disesuaikan, kesemuanya tetap bagus belaka. Yang asal terus kekal sebagaimana asalnya, yang disesuaikan terus kekal dengan kesesuaiannya. Begitulah tamsilannya.


Contoh aliran tiga tungku agama bagi seorang pengamal Tarekat Syaziliyah :

i) “Dari segi fikih aku jalannya Asy-Syafi’iiyyah, dari segi ‘aqidah aku jalannya Al-Asya’irah, dan dari segi tasawuf aku jalannya Al-Ghazaliyyah yang jalannya Syaziliyyah.

ii) “Aku mengikut (fiqh) Al-Hanafiyyah, (‘aqidah) Maturudiyyah, (tasawuf) Junaidiyyah jalan Syaziliyyah.”


Jika dicontohkan dengan para pengamal Silat Lautan yang berbeda-beda tadi :

i) Aku pengamal Silat Lautan aliran Silat Lautan Biru.

ii) Saya pula pengamal Silat Lautan aliran Silat Lautan Sakti Raya.

iii) Kami pula pengamal Silat Lautan aliran Silat Seri 7 Lautan.

iv) Aku pula pengamal Silat Lautan (aliran yang asal ,maka tidak perlu disebutkan lagi aliran kemudiannya).


KESIMPULANNYA


i) Imam Al-Ghazali itu ada guru-gurunya.

ii) Tarekat Syaziliyah itu dasar binaannya (lantai, tiang) memang daripada Tarekat Ghazaliyah tetapi bangunannya (reka bentuk dinding, bumbung, hiasan) ada perbedaan.


Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

31 Januari 2021

Saturday, January 30, 2021

Berpayah untuk Agama

 

Para sahabat hendak menundukkan Parsi, bukan setahun dua punya perancangan dan susah-payah.
Sultan Muhammad Al-Fateh hendak membuka Constantinople, bukan setahun dua punya perancangan dan susah-payah.


Sultan Salahuddin al-Ayyubi hendak membebaskan Baitul Maqdis, bukan setahun dua punya perancangan dan susah-payah.


Imam Al-Ghazali hendak menghasilkan Kitab Ihya’, bukan setahun dua punya perancangan dan susah-payah.

 

Bayangkanlah jika mereka ini jenis orang-orang yang berpada dengan duduk menikmati apa yang ada sahaja dan tidak mahu merancang serta tidak mahu bersusah-payah. Hancurlah agama dan umat Islam.

 

Abu Zulfiqar Al-Amsyari

Bertauhid Melalui Hujan

 

Terlihat hujan turun, ingat Allah.

Dia yang berkuasa menurunkan.


Terasa terkena hujan, “
nampak” Allah.

Dia yang berkuasa memberi rasa.


Basah badan dan pakaian, ingat Allah.

Dia yang berkuasa membuatkan basah.


Pabila basah terasa sejuk, “
nampak” Allah.

Dia yang berkuasa membuatkan sejuk.


Setelah sejuk datanglah demam, ingat Allah.

Dia yang berkuasa membuatkan demam.


Makan ubat hilang pula demam, “
nampak” Allah.

Dia yang berkuasa menyembuhkan, bukannya ubat.


Maka ke mana sahaja engkau "memandang", engkau akan
ingat dan "nampak" Allah.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

30 Januari 2021

Hebat Diuji? Bersabarlah. Terus Perjuangkan Agama

 

Dikhabarkan bahawa Nabi Ayyub diuji hebat dengan kurangnya harta-benda dan wang hingga jatuh miskin (serba tidak cukup), menderita sakit teruk sangat lama (bertahun-tahun, tiada sebarang ubat dapat menyembuhkannya), anak-anaknya semua diambil kembali oleh Allah (meninggal dunia), dikecewakan oleh isterinya, tetapi dia tetap teguh melaksanakan kerja-kerja pada jalan Allah, langsung tidak berundur.


Akhirnya darjatnya diangkat lebih tinggi oleh Allah, disembuhkan seluruh sakitnya dengan cara yang sangat mudah lagi tidak disangka-sangka sama sekali. Begitulah kuasa Allah. Wallahua’alam.


Kita yakin dengan-Nya. Sabar, tunduk patuh, redha. Doa dan usaha berterusan. Dahulukan dan utamakan Allah berbanding yang lain-lain, walau sehebat dan sesedap mana yang lain-lain itu.

Saturday, January 23, 2021

Bahaya Harta dan Manfaat Harta

 

Harta itu seperti ular. Padanya ada racun dan ubat. Sesiapa yang tahu akan manfaat dan mudaratnya, dapatlah dia mengambil manfaat dan menjauhkan mudarat itu daripadanya. Sesiapa yang tidak tahu, besar kemungkinan dia akan terkena.


Manfaat harta dari segi agama :


  1. Manfaat untuk diri sendiri. Harta berguna untuk membolehkan kita beribadah. Contohnya membolehkan kita pergi mengerjakan haji dan pergi berperang jihad. Sedangkan haji dan jihad itu adalah ibadah besar. Harta juga membantu kita dalam memudahkan beribadah. Contohnya membolehkan kita mempunyai makanan, pakaian, tempat tinggal, perkahwinan dan keperluan hidup yang lain.

  2. Manfaat untuk orang lain. Contohnya kita boleh bersedekah kepada orang lain, boleh mengelokkan hubungan kita dengan orang lain melalui pemberian hadiah, kenduri, pertolongan dan seumpamanya. Semua ini disukai Allah dan berpahala.

  3. Manfaat untuk umat. Contohnya untuk pembangunan masjid, jambatan, rumah sakit dan sebagainya.


Bahaya harta dari segi agama :


  1. Boleh membawa kepada maksiat. Harta membuatkan seseorang itu lebih mampu mencapai hal-hal maksiat.

  2. Boleh menarik kepada terpesona yakni terbiasa bersenang-senang dalam hal-hal yang dibolehkan (hal-hal mubah). Apabila kadang-kadang harta itu tidak diperolehi, maka harta itu mungkin dicari melalui jalan-jalan yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana manusia akan berusaha juga untuk mendapatkan sesuatu kesenangan yang sudah terbiasa bagi dirinya.

  3. Boleh membuatkan seseorang itu sibuk dengan harta itu sehingga menjadi jauh pula daripada Allah.

     

     

    - Buku Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab Ihya' 'Ulumuddin), ms 115

Hadith Tentang Abdur Rahman Itu Ucapan Palsu?

 

AL BAZ MENULIS (komen di laman kami) :

Bahawa ‘Abdurrahman bin ‘Auf memasuki syurga dengan merangkak,” merupakan ucapan yang palsu tidak ada asalnya …..


(*Awal-awal lagi Al Baz sudah menyatakan hukum ke ats hadith ini bahawa ia bertaraf UCAPAN PALSU. Dan hujah-hujahnya yang diberikannya adalah sebagaimana di bawah)


Kisah di atas rapuh, dan yang menjadi cacat (penyakit)nya adalah ‘Umarah bin Zadzan ash-Shidalani Abu Salamah al-Bashri …

Pertama: al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan ‘Umarah bin Zadzan di kitab at-Tahdzib (7/365), dan beliau mengatakan:

(1) telah berkata al-Atsram dari Ahmad, “Yang diriwayatkan dari Tsabit dari Anas adalah hadits-hadits mungkar.”

(2) dan berkata al-Ajurri dari Abu Dawud, “Laisa bi dzaka.”

(3) dan as-Saji berkata, “Padanya terdapat kelemahan, tidak ada apa-apanya dan tidak kuat dalam hadits.”


(*Dengan hujah-hujah ini, hadith itu dihukum sebagai PALSU)



TANGAPAN KITA :

Siapakah ulama-ulama yang mengatakan "ucapan PALSU yang tidak ada asalnya" itu?

Adakah majoriti ulama pengkaji hadith? Atau hanya sebahagian? Atau hanya minoriti? Atau segelintir? Atau keputusan sendiri2?

(*Kerana setiap pilihan jawapan ini BOLEH membawa hukum yang berlainan ke atas hadith tersebut)


Dalam ilmu hadith :

i) “Rapuh” adakah PASTI membawa maksud PALSU? Atau pun sebenarnya belum tentu lagi kerana ia boleh jadi antara hasan, dhaif atau palsu? (*Sebenarnya RAPUH tidak pernah membawa maksud PASTI PALSU)


ii) “Menjadi cacat” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Iii) “Mungkar” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Terdapat kelemahan” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Tidak ada apa-apa” apakah PASTI membawa maksud PALSU?


Tidak kuat” apakah PASTI membawa maksud PALSU?


Laisa bi dzaka” adakah PASTI membawa maksud PALSU?


Atau pun sebenarnya belum tentu lagi kerana ia boleh jadi antara hasan, dhaif atau palsu?


Pada bahagian yang mana dalam istilah2 yang tuan senaraikan itu yang membawa kepada hukuman PASTI PALSU (mustahil selain palsu)?

(*Kerana tidak ada satu pun istilah yang diguna sebagai hujah itu yang membawa hukum PASTI PALSU. Jadi, daripada mana datangnya hukum bahawa hadith itu PALSU?)


Maaf bertanya. Tuan mengambil ilmu hadith dan mustalah hadith daripada siapa ye? Nama gurunya?

(*Manalah tahu mungkin saya kenal guru hadithnya kerana pada zaman sekarang ramai juga pengajar-pengajar ilmu hadith yang bermasalah dalam menyampaikan pelajaran)


(*Setakat 3 hari berlalu, belum ada sebarang maklum balas daripada Al Baz. Maka buat masa ini, itulah sahaja. Wallahua’lam)


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

23 Januari 2020

 

*Sekiranya ada kelapangan, insya-Allah kami boleh huraikan sedikit tentang peristilahan2 yang digunakan itu nanti nanti.


Cara Beruzlah

 

SOALAN : Assalamualaikum wbt ustaz bagaimana hendak beruzlah?


JAWAPAN :

Jawapan yang sesuai dalam hal ini, secara RINGKASNYA beruzlah membawa maksud mengasingkan diri daripada selain Allah untuk lebih “mendekatkan” diri kepada Allah.


Ada 3 jenis uzlah :

i) uzlah tubuh badan sahaja iaitu mengasingkan diri di tempat yang “sunyi” daripada selain Allah yang boleh mengganggu “kedekatan” kita kepada Allah, tetapi qalbu kita masih sibuk juga dengan yang selain Allah itu. Uzlah jenis ini kurang bermanfaat.


ii) uzlah qalbu/hati iaitu qalbunya tertumpu kepada Allah walaupun tubuh badannya sedang sibuk dengan selain Allah. Uzlah jenis ini sangat bermanfaat tetapi agak sukar untuk mencapainya. Kesejahteraan uzlah jenis ini biasanya diperolehi melalui tunjuk ajar guru-guru, ilmu dan latihan-latihan kesufian dalam masa yang panjang.


iii) uzlah qalbu dan tubuh badan sekaligus iaitu mengasingkan diri di tempat yang “sunyi” daripada selain Allah yang boleh mengganggu “kedekatan” kita kepada Allah dan qalbunya juga tertumpu kepada Allah. Uzlah jenis ini memang bermanfaat.


Tempoh masa beruzlah ini tiada ketetapan. Ada orang yang beruzlah sekejap. Ada yang beruzlah lama. Ada yang bersilih ganti antara beruzlah dan tidak mengikut keadaan.


Cara beruzlah yang sesuai untuk kita laksanakan sebagai latihan awal pada zaman ini ialah jenis uzlah yang ke-iii. Sesekali, jauhkan diri sebentar daripada kesibukan dunia dan manusia lalu isilah masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah seperti berzikrullah (mengingati Allah), bertafakur, berdoa, bertilawah, bertadabbur, bertauhid, mutala’ah, memasukkan ilmu-ilmu agama ke dalam diri (dengan pelbagai cara), bermunajat, mengerjakan solat-solat sunat, dan seumpamanya. Semuanya mengikut kemampuan dan kesesuaian.


Menurut pandangan Tarekat Ghazaliyah, tempat uzlah jenis ini yang terbaik ialah di masjid, iaitu dengan beri’tikaf. Antara tempat-tempat lain yang bagus untuk beruzlah ialah di surau/musolla, rumah kita sendiri, bilik, dan tempat-tempat lain yang sesuai. Wallahua’lam.


Semoga bermanfaat.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

22 Januari 2021

Thursday, January 21, 2021

Sufi dan Kopi (soal jawab)

SOALAN : Nak tanya... benarkah kopi minuman para wali dan ada sanad minum kopi? Ada juga yang kata kalau mati dalam keadaan masih ada sisa-sisa kopi di dalam perut, si mati tak akan disoal oleh malaikat. Bagi orang-orang Tarekat Ghazaliyah sendiri bagaimana?


JAWAPAN : Saya cuba jawab mengikut turutan.


i) Benarkah kopi minuman para wali?


Tidak dinafikan bahawa ada wali-wali Allah yang meminum kopi. Untuk mengatakan yang kopi merupakan minuman PARA wali (yang boleh membawa maksud kesemua, atau majoriti, atau ramai wali-wali Allah suka minum kopi), kita kena buat sedikit penelitian.


Sefaham kita, wali-wali Allah sudah ada sejak zaman nabi-nabi terdahulu. Selepas berakhirnya zaman para kenabian iaitu apabila Rasulullah SAW wafat, kopi masih belum dikenal sebagai minuman lagi. Ertinya wali-wali Allah sejak zaman Nabi Adam sehingga zaman Rasulullah SAW belum minum kopi.


Setakat bahagian ini, ternyata TIDAK SEMUA wali-wali Allah meminum kopi. Jadi, tidak sesuai untuk dikatakan bahawa kopi itu minuman PARA WALI.


Katakanlah wali-wali Allah selepas zaman kenabian adalah lebih banyak berbanding pada zaman-zaman kenabian. Maka tidak mustahil ada benarnya kopi sebagai minuman KEBANYAKAN WALI atau kopi minuman RAMAI JUGA WALI2. Bahagian ini juga perlu kita teliti.


Yang pastinya, para wali pada zaman-zaman kenabian (zaman Nabi Adam sehingga zaman Nabi Muhammad SAW) memang meminum air tawar semulajadi (air kosong), susu, madu, perahan buah-buahan, air daripada tumbuh-tumbuhan, air hujan dan seumpamanya. Para wali selepas zaman kenabian (sejak zaman para sahabat sehinggalah sekarang) pun minum air-air yang disebutkan tadi. Maka sesuailah jika mahu dikatakan air-air itu adalah minuman para wali.


Cerita leganda mengatakan minuman kopi hanya mula ditemui Afrika iaitu di daerah Kaffa/Kefa di Habsyah/Ethiopia oleh seorang penggembala kambing pada abad ke-9 masihi (Nabi Muhamamd SAW wafat pada abad ke-7). Cerita itu tersebar lalu ia menjadi minuman para biarawan (tak pasti sama ada pendeta2 Kristian atau pun Yahudi). Namun begitu, cerita2 legenda mulut ke mulut tentang penggunaan awal kopi di Afrika paling awal dikesan hanya pada abad ke-15. Cerita penggembala kambing itu pula hanya ditemui tulisan terawal tentangnya pada abad ke-17 (tahun 1671). Jadi, cerita-cerita ini tidaklah kukuh sebagai hujah.


Katakanlah cerita-cerita itu benar, ertinya paling awal ada segelintir wali-wali Allah yang minum kopi sejak abad ke-9. Wallahua’lam.


Bukti-bukti terawal penggunaan kopi sebagai minuman datangnya daripada abad ke-15 di Yaman. Ada ahli-ahli sufi di Yaman ketika itu suka meminum kopi. Sejak itulah minuman kopi beransur-ansur menular ke serata dunia. Oleh itu, boleh jadi SEBAHAGIAN wali-wali Allah ada meminum kopi mulai abad ke-15 khususnya di Yaman dan sekitarnya. Wali-wali Allah yang lain di serata dunia mungkin belum ramai lagi yang pernah meminum kopi pada abad ke-15 itu.


Pada hujung abad ke-17, pedagang-pedagang Barat mula membawa biji-biji kopi untuk ditanam di Nusantara. Boleh jadi sebelum itu kebanyakan wali-wali Allah di Timur (Nusantara, Indochina dan China) belum menjadikan kopi sebagai minuman mereka. Jika ada pun, sebahagiannya sekadar pernah merasa minum kopi.


Ringkasnya, minuman kopi merupakan salah satu minuman yang baru dikenali dalam beberapa ratus tahun kebelakangan ini sahaja. Sebelum itu, banyak lagi minuman lain yang menajdi minuman para wali.


Kesimpulannya, berdasarkan maklumat-maklumat yang dinyatakan di atas, tidak sesuailah jika dhendak dikatakan bahawa kopi minuman para wali. Yang sesuai untuk dikatakan mungkin “kopi minuman sebahagian wali”, ataupun “kopi minuman ramai wali-wali pada zaman ini”. Wallahua’lam.


Bagi Tarekat Ghazaliyah, setahu saya para pengamalnya punya kecenderungan masing-masing. Ada yang minat minum kopi, ada yang biasa-biasa sahaja, ada yang kurang minat, dan ada yang tidak minat. Saya sendiri secara peribadi memang minat minum kopi.


ii) Benarkah ada sanad minum kopi?


Saya tidak ada arif pada bahagian ini, cuma pernah terdengar/terbaca juga tentangnya. Tidak mustahil memang ada sanad-sanadnya. Sekiranya kopi yang baru dikenali itu ada sanadnya, tidak mustahil juga ada sanad minuman2 para wali yang lebih awal berupa air kosong, susu, madu, teh, perahan buah, air tumbuh-tumbuhan, air hujan dan sebagainya. Wallahua’lam.


Bagi Tarekat Ghazaliyah sendiri, tidak ada sanad minum kopi dalam sukatan pelajarannya.


iii) Benarkah jika kita mati dalam keadaan masih ada sisa-sisa kopi di dalam perut, maka kita tidak akan disoal oleh malaikat?

Kenyataan ini ada benar dan ada tidak benarnya. Ia tidak benar jika mahu dijadikan hukum untuk semua. Kita baru minum kopi atau tidak, urusan selepas kematian tetaplah sebagaimana yang dikhabarkan dalam Al-Quran dan as-sunnah. Sebaliknya pernyataan ini benar jika mahu dihukumkan untuk zaman khusus atau kelompok khusus tertentu dengan maksud yang tertentu.


Contohnya, pada abad ke-15 di Yaman. Kopi mula-mula viral dalam kalangan ahli-ahli sufi di sana. Mereka mengambil kopi untuk menyegarkan minda dan anggota bagi membanyakkan amal ibadah. Jadi, orang yang meninggal dunia dan orang itu baru minum kopi, biasanya orang itu ialah seorang sufi, banyak beribadah, banyak berzikrullah, dan sebagainya (kerana ketika itu kopi belum masyhur dalam kalangan orang awwam). Orang sebegini menurut fahaman kita yang dhaif ini biasanya seorang yang Allah cintai. Apabila Allah cinta, maka urusan-urusan selepas kematiannya tentulah sangat dimudahkan oleh Allah. “Dimudahkan urusan” itu disebut dengan lenggok sastera sebagai “malaikat tak soal dah”. Wallahua’lam.


Bagi Tarekat Ghazaliyah pula, tidak ada pernyataan yang sebegitu tentang kopi dan soalan malaikat.


Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

21 Januari 2021


*Isi jawapan diberikan berdasarkan isi soalan sahaja.

Tuesday, January 19, 2021

Jawapan Buat Norila Kasman, Isu Tarekat Ghazaliyah

JAWAPAN BUAT NORILA KASMAN. ISU TAREKAT GHAZALIYAH


Salah seorang murid saya memetik satu petikan daripada buku saya Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 2 (Lanjutan) lalu dimuatkannya di laman Facebook Tarekat Ghazaliyah. Petikannya :


AMALAN TAREKAT


ABDULLAH : Jadi, apa yang menyebabkan rasa senang hati, sedap hati dan tenang hati pada Tarekat Ghazaliyah ni?


TOK SIAK : Antaranya… kerana umumnya amalan Tarekat Ghazaliyah ini ringan, ringkas dan mudah.

Kita dianjurkan untuk buat :
1. Zikir Harian
2. Bacaan 10 atau orang sebut jugak sebagai Wirid Harian
3. Belajar kitab Ihya’


ABDULLAH : Itu aje?


TOK SIAK : Ya, itu sahajalah pada dasarnya.


(Abdullah mengangguk-angguk sambil menanti penjelasan Tok Yan seterusnya. Dalam masa yang sama otaknya ligat beraktiviti)


Zikir Harian tu… hanya kalimah-kalimah yang pendek-pendek yang memang biasa kita baca selalu pun dalam hidup kita. Contohnya lafaz Zikir Harian untuk hari Isnin : “La haula wa la quwwatailla billah” sebanyak 1000 kali. Macam yang tertulis pada poster di dinding tu lah.


- Bukan mesti bilang tepat-tepat 1000 kali.
- Jumlah 1000 itu sekadar untuk menunjukkan banyak. Kita agak-agak je lah lebih kurang 1000.
- Boleh dibunyikan di mulut atau di lafazkan di hati.
- Boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana. Sambil-sambil bekerja, bersukan, berehat-rehat, berperang, belajar… pun boleh.
- Boleh disambung-sambung ikut kelapangan masa kita, tidak semestinya kena habis waktu itu juga 1000 kali. Tak perlu sederup.


Tetapi, sekiranya kita ada kelapangan dan kemampuan, contohnya pada hari-hari cuti, sekadar contohlah ni ye… kita nak berjubah, berserban, berselendang, berpakaian putih, berwangi-wangian, menghadap qiblat, di tempat yang tenteram lagi bersih dan harum, boleh saja. Lagi bagus!


Bagi orang yang dah terbiasa dengan Zikir Harian, boleh ditambah dengan Bacaan 10 (Wirid Harian). Bacaan 10 ni ada 10 bacaan pendek yang jugak biasa kita baca dah. Setiap satunya 10 kali sahaja. Jadi semuanya 100 kali je lah. Contohnya “Astaghfirullahal ‘azim” 10 kali.
Kan ringan dan mudah?


Dan yang ketiga, carilah peluang untuk belajar kitab Ihya’. Boleh belajar di mana-mana dan dengan sesiapa sahaja yang benar, sekalipun guru itu tidak bertarekat Ghazaliyah. Tak dapat pengajian kitab Ihya’. tampung dengan pengajian kitab Kimiya’ as-Sa’adah atau Minhaj al-Abidin. Tak dapat juga, tampunglah dengan mana-mana pengajian kitab Siyarus Salikin. Tak dapat juga, ikutlah mana-mana pengajian kitab tasawuf buat sementara.


Kesimpulannya, amalkan Zikir Harian, tambah dengan Bacaan 10 Wirid Harian jika mahu, dan dalam masa yang sama belajarlah kitab Ihya’. Itu sahaja.


ABDULLAH : Eh, sikitnya?


TOK SIAK : Ya. Sebab tu para pengamal tarekat lain pun boleh mengambil Tarekat Ghazaliyah dan mengamalkannya, apatah lagi yang bukan pengamal tarekat. Amalan Tarekat Ghazaliyah tak makan banyak masa, tak akan mengganggu amalan-amalan kita yang lain. Sampaikan pernah satu zaman dahulu, ada pihak yang mengatakan bahawa amalan Tarekat Ghazaliyah ini adalah seringan-ringan amalan tarekat.


............


ABDULLAH : Hmmm… masa saya dengan fahaman yang lama dulu, bagi kamilah, masuk aje tarekat alamatnya ‘terikat’ le. Kami sebut ‘tarik” & ‘ikat’. Sebab tu kami cukup takut dengan tarekat. Tapi berdasarkan penjelasan Tok Yan ni, nampaknya ok ok aje. Sedaplah sikit hati saya mendengarnya.


TOK SIAK : Salah faham tentang tarekat ni berlaku antaranya kerana :
i) Kita mengambil maklumat daripada orang-orang yang tidak berkeahlian dalam tarekat, sama ada orang itu pernah bertarekat atau pun tidak pernah.
ii) Kita ambil maklumat daripada orang-orang yang memang memusuhi tasawuf, sufi dan tarekat.


ABDULLAH : Saya faham tu Tok Yan.


- Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 2 (Lanjutan), ms 83-86


TAMAT PETIKAN

@@@@@@@@@@

.


Kemudian sekiranya ada sebarang komen, merekalah yang tolong urus dan jawabkan. Sekiranya ada hal-hal yang lebih rumit, barulah mereka akan maklumkan kepada saya untuk saya sendiri jawabkan apabila saya punya kelapangan.


Tiba-tiba, dimaklumkan kepada saya khabarnya ada komen-komen yang sebaik-baiknya saya yang menjawab. Setelah ada kelapangan, saya pun pergilah melihat-lihat pada posting berkenaan.


Ada beberapa komen, lalu saya jawabkan kesemuanya. Terdapat juga satu komen oleh NORILA KASMAN yang kita maksudkan.

.


KOMEN YANG BAIK OLEH USHNYI HUSSEIN :

Apakah orang bertarekat mesti berwuduk sebelum mulakan berzikir mohon pencerahan.


Jawapan saya :

Lain tarekat, mungkin lain kaedahnya. Bagi Tarekat Ghazaliyah, tidak perlu berwuduk sebelum mula berzikir.

.


KOMEN YANG BAIK OLEH AHMAD AIDIL :

mcam mana nk join tarekat ghazaliyah ni?


Jawapan saya :

Tarekat Ghazaliyah ini adalah untuk semua dan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ada mendapat tahu tentang ilmu-ilmunya. Apabila hati dan tindakan kita sedang bersama-sama dengan Tarekat Ghazaliyah, ketika itu kita sudah pun join Tarekat Ghazaliyah sekalipun tidak ada orang lain yang tahu. Tidak ada KEPERLUAN untuk memberitahu kepada orang lain bahawa "aku bertarekat Ghazaliyah" jika kita mahu beramal sendiri. Memadailah jika kita seorang sahaja yang tahu. Lainlah jika kita hendak menjadi penyampai. Sebahagian daripada hal-hal di atas telah kami sentuh dalam buku kami Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Ghazaliyyah siri1 dan siri 2. Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, silalah dapatkan di sana. Kami juga sedia maklum bahawa ada orang yang berasa tidak cukup sempurna sekiranya tidak diijazahkan dan tidak berba'ah secara berhadapan. Oleh itu memang ada majlis2 ijazah dan bai'ah dibuat dari semasa ke semasa dalam tarekat ini. Nantikan update di laman ini. Majlis terkini isnya-Allah selepas surutnya Covid 19.

.


KOMEN YANG BAIK OLEH MAN ALI :

Assalamualaikum tuan... Bagaimana cara klu nak baiah akan tarekat ghazaliyah ini tuan?


Jawapan saya :

Waalaikumussalam. SECARA RINGKASNYA, tarekat Ghazaliyah ini adalah untuk semua dan boleh terus diamalkan sekalipun tanpa berbai'ah. Semua ilmu tarekat ini sudah diniat diijazahkan awal-awal kepada sesiapa sahaja yang mendapat tahu tentang mana-mana bahagian ilmunya. Lanjutan tentang hal ini BOLEH DITELITI dalam kedua-dua buah buku saya Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah siri 1 dan siri 2. Namun kita faham, ramai juga orang yang tidak berasa puas hati jika tidak diijazahkan dan berba'iah secara berhadapan. Sebab itulah majlis2 ijazah dan bai'ah berhadapan memang ada dibuat. Untuk majlis terkini, sila tunggu update di laman ini. Insya-Allah selepas kes aktif Covid sudah tinggal dua angka, kita akan usahakan majlis seterusnya.


@@@@@@@@@@@

.


KEMUDIAN, KOMEN YANG “LUAR BIASA” OLEH NORILA KASMAN (*jangan terpedaya dengan nama) :

Tuan tanah kedaung mursyid facebook...

Sebab tu bila ada yang tanya cara join dan berbaiah dia terus lari masuk hutan.


(*Cara join dan berbai’ah ini sudah saya jawab puluhan kali di page Tarekat Ghazaliyah ini sahaja, belum di tempat2 lain. Sampai kita sentuh dalam dua buah buku dah pun)


JAWAPAN SAYA :

Cukup2lah tu. Sampai berapa akaun FB nak pakai tu? Kita fikir yang baik2, cakap yang baik2, tulis yang baik2, buat yang baik2 sahaja. Jika tak suka dengan tulisan2 kami, tak perlulah dibaca dan tak perlulah dikomen. Baca dan komenlah pada tulisan2 orang lain yang kita suka. Mudah je kan? Semoga Allah mengampuni kita semua.


(*Macamlah kita tak kenal tulisan2 dia sebelum ini. Tapi, tak mengapalah.)

(*Kita jawab begini dengan harapan tidak perlulah dipanjang-panjangkan lagi komen yang sebegini. Cukuplah setakat ini dan berhentilah. Tapi rupa-rupanya Norila Kasman tidak mahu berhenti).


@@@@@@@@@@@

.


NORILA KASMAN MENYAMBUNG :

Mu post sakan... Bila ditanya mu senyap. Ambo nk bg tau mu tareqat tidak di jaja di facebook. Bukan camni cara org bertareqat. Memalukan ajer lah org tareqat. Jaga nama baik ahli tareqat. Jgn cari megah dlm facebook.


MAKA SAYA PUN TERPAKSALAH MENJAWAB SEMULA :


1. Setakat ini 1.09 pm 16 Januari 2021, MANA DIA soalan yang ditanya yang dikata kami senyap tu? Semua soalan yang penting, benar dan beradab, insya-Allah dijawab semua (selagi tidak terlepas pandang). . BERILAH BUKTI-BUKTINYA. Jangan tuduh dan fitnah tanpa bukti. Silakan. JANGAN SENYAP, jangan tidak menjawab, dan jangan mengelak ke sana-sini.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


2. Ohhh...baru faham... ini kes iri hati dan dengki le ni. Allah....... Yang itu antara Allah dengan kamulah. Kamu selesaikanlah dengan Allah di dunia dan di akhirat. Yang penting, kami tak ada iri hati dan dengki dengan kamu.


Kami tak ada keinginan pun nak baca tulisan2 kamu dan komen tulisan2 kamu di serata internet ini. Kami tidak berminat untuk punya hubungan dengan kamu pun, sebab memang sudah sedia maklum akan prestasi kamu di internet ini.


Kami menjawab ini kerana kamu yang membaca tulisan kami dan beri komen pada TULISAN KAMI. Sebab itu kami tulis kepada kamu SEBELUM INI :

Cukup2lah tu. Sampai berapa akuan FB nak pakai tu? Kita fikir yg baik2, cakap yang baik2, tulis yang baik2, buat yg baik2 sahaja. Jika tak suka dengan tulisan2 kami, tak perlulah dibaca dan tak perlulah dikomen. Baca dan komenlah pada tulisan2 orang lain yang kita suka. Mudah je kan? Semoga Allah mengampuni kita semua.”


Mudah sahaja penyelesaiannya. Jika benci dengan dakwah kami, mengapa masih mahu membaca dan membaca? Mengapa masih mahu komen itu dan ini? Abaikan sahajalah. Buatlah dakwah sendiri.


Dakwah kami ini adalah UJIAN DARIPADA ALLAH untuk kamu. Jika ujian sekecil ini pun gagal dihindarkan, apalah ertinya kamu berada dalam dunia keruhanian ini? Jika terpandang dakwah2 kami, abaikan sahaja. Buat-buatlah tak nampak. Kami pun memang tidak pernah menjemput kamu membaca dan menulis pada dakwah2 kami. Pergilah berdakwah kepada anti hadith, ajaran2 sesat, syiah rafidhah, qadiani, Kristian, salafi wahabi, batiniyah, dan banyak lagi. Ada le juga faedahnya.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


3. Tahu ke tariqat tu apa? Apa jenis2nya (bukan apa aliran atau nama tareqat)? Silakan. Jangan SENYAP, jangan tidak menjawab, Dan jangan mengelak ke sana-sini.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


4. Hebat nampaknya tahu cerita tentang tarekat. Macam banyak tahu. Apa nama tarekat yang dipegang? Siapa gurunya? Silakan. Jangan senyap, jangan tidak menjawab, Dan jangan mengelak ke sana-sini.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


5. Kami sedang berurusan dengan siapa ni? Siapa namanya? Tunjukkanlah gambar wajahnya yang sebenar. Biarlah ikhlas dalam berbicara tentang agama, jangan berselindung2. Silakan. Jangan senyap, jangan tidak menjawab, Dan jangan mengelak ke sana-sini.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


6. Dengan cara memperkenalkan tarekat di internet inilah, kami telah BERJAYA MENARIK dan MELURUSKAN ramai orang yang menolak mazhab2 fekah, menolak mazhab2 aqidah, menolak mazhab2 tasawuf, penganut syiah, salafi wahhabi, pluralisme, anti Ashairah, anti Sifat 20, anti tarekat, yang nak keluar daripada Islam tak jadi keluar, yang anti tarekat, yang anti sufi, yang mengikut ajaran2 sesat, yang tidak selesaikan amal2 fardhu, dan sebagainya. Kebanyakannya kekal menjadi murid kami dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Rasa2nya salah, berdosa dan dimurkai Allah ke usaha kami ini? Cuba jawab.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


7. Dalam Facebook, KAMI MENCARI orang2 sebegini untuk diluruskan, bukannya mencari megah. Dah ramai yang kami dapat, dan kami nak cari ramai lagi untuk diluruskan. Bantahan demi bantahan yang kamu buat selama ini, lebih meningkatkan lagi semangat kami untuk berdakwah. Insya-Allah selepas ini kami akan dakwahkan lebih banyak lagi tulisan2 dan video2 kami tentang syariat, ma’rifat, tariqat, tasawuf, sufi, perbandingan agama, hadith dan lain-lain yang kami bawa selama hari ini di internet sejak 1999. Ribuan terima kasih kerana menjadi asbab kepada bertambahnya dakwah kami di internet.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


8. Cuba juga pusing2 internet jauh sedikit ke serata dunia. Berapa banyak laman2 dan tulisan2 PELBAGAI TAREKAT MUKTABAR di serata dunia DISAMPAIKAN DALAM INTERNET Jauh lebih banyak daripada yang Tarekat Ghazaliyah sampaikan. Salah, berdosa dan dimurkai Allah ke semua tu?


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


9. Menurut kamu, macam mana cara orang bertarekat berdakwah? Berdasarkan tulisan kamu itu, nampak macam banyak tahu. Jika tak tahu, takkan boleh mempertikai. Cuba ceritakan dengan jelas. Boleh kami tuntut ilmu.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


10. Kita mulakan dengan diri kamu sendiri sebagai contoh. Apa dakwah yang kamu lakukan? Berikanlah contoh2nya. Dan apa dakwah kamu di internet setakat tulisan ini dibuat? Berikan bukti2nya. Moga2 kami boleh mencontohi kamu.


(*Bahagian ini tidak dijawabnya langsung sehinggalah tamat dialog. TERUS SENYAP)


Sedemikian panjang kami yang dikata sebagai SENYAP ini menjawab, tentunya lebih panjang KAMU YANG TIDAK SENYP ITU akan memberi pencerahan dengan ikhlas lagi benar dan kerana mahabbah kerana Allah.


Sekiranya kamu masih menulis nak mengelak ke sana ke mari, maka kami tidak akan memberi apa-apa jawapan lagi. Silakan beri pencerahan kepada semua yang di atas dengan adab dan akhlak penulisan yang cantik.


@@@@@@@@@@

.


NORILA KASMAN MENJAWAB (SEBENANYA LARI DARIPADA MENJAWAB DAN BERTANGGUNG JAWAB) :

Mu kemaruk nak jadi mursyid.... Kebanyakkan jatuhnya para sheikh tareqat kerana kemaruk supaya jinaknya hati manusia kpd nya.. Boleh pulak dok cerita satu persatu amalan tareqat.


(*Oleh kerana Norila Kasman gagal menjawab, saya berikan satu lagi peluang kepadanya. Jika masih tidak menjawab dan tidak mahu bertanggung jawab, saya akan menganggap dia sudah gagal dan kata-katanya “Mu post sakan... Bila ditanya mu senyap” akan berbalik kepada dirinya sendiri. Saya berharap Norila Kasman bukanlah jenis yang buang air merata2 tetapi tinggalkan begitu sahaja. Sebarang tulisannya yang tidak berkaitan dengan hal2 di atas, tidak akan saya layan. Segala teknik dan taktik untuk mengubah isu tidak akan saya layan. Bahagian ini saya terlepas pandang untuk screenshot. Tapi lebih kurang begitulah tulisan saya)


@@@@@@@@@@

.


BALASAN TERAKHIR NORILA KASMAN (MASIH GAGAL UNTUK MENJAWAB DAN BERTANGGUNG JAWAB) :

berkata Imam Ghàzali dlkm Ķitab Siros Salikin... Antara kejatuhan org yg berilmu ... Mengharap supaya jinak hati sekelian manusia kpd nya supaya namanya menjadi sebutan.


(*Dengan itu, saya anggap dialog kami sudah pun berakhirlah. Namun saya masih menunggu sehingga keesokan harinya. Tiba-tiba esoknya semua komennya sudah pun dipadam/delete. SENYAP SUNYI TERUS! Begitulah.......).


@@@@@@@@@@

.


PENCERAHAN DARIPADA KAMI


Oleh kerana dialog ini sudah tamat, saya buat sedikit pencerahan terhadap tohmahan2nya.


i) Dikatanya kami senyap tidak menjawab soalan. Daripada dialog di atas, bolehlah dibuat keismpulan sendiri siapakah sebenarnya jenis yang senyap tak menjawab dan tak terjawab.


ii) Dikatanya kami kemaruk hendak jadi mursyid. Sebenarnya sudah lebih 20 tahun saya diangkat sebagai mursyid dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Apa yang hendak dikemarukkan lagi? Yang kemaruk ialah orang yang belum atau yang tidak dapat menjadi mursyid tetapi dengki dan iri hati dengan orang lain termasuk dengan mursyid2.


iii) Dikatanya kami mahu hati manusia jinak kepada diri. Jelas sangat yang Norila Kasman tidak tahu-menahu tentang Tarekat Ghazaliyah. Sudah banyak kali pihak Tarekat Ghazaliyah menulis di serata media sosial dan dalam buku2 saya, RINGKASANYA – Tarekat Ghazaliyah ini untuk semua, boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang dapat tahu, tidak mesti berijazah dan berbai’ah (melainkan untuk mereka yang mungkin menjadi guru2 Tarekat Ghazaliyah pada masa akan datang sahaja), tidak perlu kenal guru2 (termasuk saya) dan pengamal2 Tarekat Ghazaliyah yang lain pun, tidak perlu datang berjumpa kami, tidak ada sebarang majlis pertemuan (mingguan, bulanan), tidak perlu anggap saya gurunya, dan ... panjanglah lagi huraiannya. Dalam keadaan yang seperti ini, macam mana kita nak tarik hati manusia kepada diri kita?


Guru2 tarekat lain ada yang menghadkan amalan untuk ahli2nya sahaja, ada amalannya mesti berijazah dan berbai’ah, mesti kenal guru, kena datang bertemu lutut dengan guru, punya majlis2 pertemuan mingguan dan bulanan... adakah bagi Norila Kasman mereka semua itu “Mengharap supaya jinak hati sekelian manusia kpd nya supaya namanya menjadi sebutan”?


iv) Petikan daripada kitab Siyarus Salikin yang ditulisnya... kitab Siyarus Salikin itu adalah RINGKASAN kepada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Bukan ringkasan penuh pun, kerana ada bahagian2 yang tidak sama dengan Ihya’. Nak betul2 dapat apa yang Imam Ghazali nak sampaikan, belajarlah kitab Ihya’, bukannya Siyarus Salikin. Saya diizinkan Allah untuk mengajarkan kitab Ihya’ sejak 2011 (sudah lebih 10 tahun). Bab yang dipetiknya itu sudah saya syarahkan dan daurahkan pun. Insya-Allah saya faham isi kandungan petikan tersebut. Dan saya boleh petik sekian banyak perkara yang berkait dengan perlakuan Norila Kasman ini daripada seluruh 40 kitab dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin itu sekiranya saya mahu.


@@@@@@@@@@



APA KOMEN ORANG2 LAIN DI SITU?


AJULAMSYAR MENULIS :

syaitan2 mmg takut n rasa trancam dgn dakwah golongn tarekat.dr dulu lg.sbb tu bila dh trkesan....diorg akn munculkn diri dgn sendirinya


BALASAN SAYA :

Golongan yang anti akan DAKWAH kaum tarekat ini akan sentiasa ada. Sejarah dan situasi hari ini sebagai bukti. Mereka datang daripada pelbagai golongan. Mereka akan berusaha agar ilmu2 dan amal2 tarekat ini DISENYAPKAN, biar TERPENCIL, biar jadi ASING dan PELIK, biar umat Islam tidak tahu dan tidak kenal, dan kalau boleh biar terpadam terus.

Apabila ada golongan/pihak yang mahu menaikkan semula tarekat ke dalam masyarakat Islam, akan adalah ANASIR2 YANG CUBA MENGGAGALKAN.


AJULAMSYAR MENULIS :

syaitan iblis dajjal kaum kafirin munafiqin.....mmg 2 le keje diorg


DIN SALJU MENULIS :

Jalan terus ust. Tak kan runtuh bukit oleh salakan


BALASAN SAYA :

Tak pe Din. Kita bagi peluang dulu. Kalau salakan berisi, kita terus beri pencerahan demi pencerahan. Kalau salakan2 kosong, kita abaikan je le nanti. Ada satu lagi peluang untuk dia. Dendam sangat dan amarah sangat nampaknya tu, tapi nak sembang soal tarekat. Macam bertentangan je (*perlakuannya). Wallahua'lam.


POKJIB ANOK WOLI

Alhamdulilah...berkat dunia akhirat...lbh 10 tahun amal.


SAMPAI DI SITU, KOMEN-KOMENNYA PUN HILANG DARIPADA PAGE TAREKAT GHAZALIYAH. Tapi Allah dah izinkan kami “simpan” sebelum itu lagi.


Tamat.







https://web.facebook.com/norila.kasman.12