Thursday, April 18, 2019

Bah. 1 Rakaman Daurah Kitab Al-Munqiz min adh-Dhalal



Bahagian 1 DAURAH KITAB AL-MUNQIZ MIN ADH-DHALAL (Penyelamat daripada Kesesatan) karya Hujjatul islam Imam Al-Ghazali. 14 April 2019. Surau An-Nur, Sg. Nyior, Trong, Perak. Antara isi kandungan bah. 1 : - Tentang kuliah2 khusus jalan Imam Al-Ghazali. - Tentang falak alam dan falak diri kita. - Falak pengajian terperinci kitab Ihya' 'Ulumuddin dan pengajian ringkasannya. - Mengapa kuliah2 khusus kita sukar untuk dijumpai semula jika ia sudah terlepas? - Mengapa ilmu2 khusus tidak dibentangkan sekaligus atau selalu? - Perubahan cakerawala langit kesufian. - Mengapa Imam Al-Ghazali mengarang kitab Al-Munqiz ini? Apakah pencetusnya? Siapa petik suiznya? - Ilmu2 penting akan keluar apabila ada yang berhajat dan yang berhajat itu ikhlas dalam hajatnya. - Kitab ini dikarang lebih 1000 tahun yang lalu. Mengapa ia sangat sesuai untuk zaman ini? - Bagaimanakah kedudukan atau autoriti Imam Al-Ghazali dalam 3 tungku agama? bersambung ke bahagian 2. *Ralat - pada bahagian akhir ada disebut bahawa dalam hal ehwal qalbu, kesenian dan budaya, kita lebih memilih Imam Asy-Syafi'i. Sebenarnya yang hendak disebut ialah Imam Al-Ghazali.

No comments: