Thursday, February 21, 2019

Zuhud Terhadap Wanita


Sahal bin Abdullah berkata : “Penghulu orang-orang zuhud (iaitu Rasulullah saw) suka akan wanita. Maka bagaimana kita berzuhud pada wanita?”

Kata Sufyan bin Uyainah : “Sahabat yang paling zuhud ialah Ali bin Abi Talib ra. Dia mempunyai 4 isteri dan hampir 10 orang hamba wanita.”

Yang benar ialah apa yang dikatakan oleh Abu Sulaiman ad-Darani : “Setiap yang mengganggu engkau daripada Allah, baik isteri, harta atau anak, maka adalah itu tercela bagi engkau. Dan wanita itu kadang-kadang mengganggu engkau daripada mengingati Allah.”

Kadang-kadang membujang itu lebih utama dalam hal-hal tertentu, sebagaimana yang telah diterangkan dalam Kitab Perkahwinan. Maka meninggalkan perkahwinan itu termasuk zuhud. Tetapi di mana perkahwinan itu lebih utama untuk menolak nafsu syahwat yang mengerasi, maka perkahwinan itu wajib.


-          Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Faqir & Zuhud
-          Kuliah pada 24 Julai 2017
-          Kuliah penuh boleh didengar di https://www.youtube.com/watch?v=ps04yNxsX0M

No comments: