Thursday, February 21, 2019

Kunci untuk Mengenal Allah


Kunci untuk mengenal Allah adalah dengan mengenal diri.

Segala zat tubuh badan kita ini bukannya Allah.

Yang paling hampir dengan diri kita ialah kita sendiri. Kalau diri sendiri pun tidak kita kenal, bagaimana kita mahu mengenal yang lain-lain?

Diri yang dimaksudkan itu bukanlah  jasad kita, bukanlah lahiriyyah kita, bukan fizikal kita seperti bentuk muka, tubuh badan, segala urat, organ-organ, daging dan sebagainya. Diri yang dimaksudkan ialah hati kita (qalbu), yang berkait rapat dengan ruh kita. Itulah diri kita yang hakiki, diri kita yang sebenar.

3 sifat yang ada dalam diri kita iaitu sifat haiwan (kebinatangan), sifat syaitan dan sifat malaikat.

Peribadi kita yang asli ialah sifat malaikat.

Langkah awal untuk mengenal diri ialah menyedari bahawa diri kita ini terdiri daripada wujud luaran iaitu jasad, dan ada juga wujud dalaman iaitu hati/ruh.

Kalbu ada 2 jenis iaitu daging jantung dan hati nurani. Kalbu yang dimaksudkan dalam ilmu ini ialah :
Merupakan penguasa atau raja kepada seluruh jasad.
Ia menggunakan seluruh jasad sebagai alat dan pelayannya.
Ia ghaib.
Ia muncul ke dunia ini sebagai pelancong.
Ia akan kembali ke tempat asalnya nanti.

Untuk mengenal diri lebih jauh, kita hendaklah membayangkan bahawa hati kita itulah raja manakala seluruh anggota tubuh ialah pemerintahannya.

Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab ‘Aqidah (Qawaid al-‘Aqaid)
Kuliah 15 Jun 2015

No comments: