MENGIMANI ZAT ALLAH
Anda beriman dengan Allah?
Semua orang Islam dapat menjawabnya dengan mudah.
Anda beriman dengan Zat Allah?
Sebahagian orang mula kurang lancar menjawabnya.
Bagaimana cara mengimani Zat Allah?
Banyak orang tidak dapat menjawabnya.
Zat Allah bukan jauhar, jisim atau aradh, sama ada yang
boleh dilihat mahupun yang tidak dapat dilihat.
Zat Tuhan itu qadim. Zat berhala (batu, kayu, besi dll),
zat Jesus Christ, zat alam semesta, zat alam sekliling, zat benda-benda langit
(matahari, bulan, bintang planet dll), zat dewa-dewi dan yang lain-lain
semuanya tidak qadim. Maka, semua itu bukanlah Tuhan.
MENGIMANI SIFAT ALLAH
Apabila kita semakin dapat mengesakan sifat2 Allah,
hasilnya kita akan lebih berani, lebih yakin, lebih tenang, lebih tenteram,
lebih bersemangat juang dan lebih bersabar.
Mana mungkin Tuhan menjadikan makhluk-makhluk yang ada
hidup sedangkan Dia sendiri tidak hidup. Sewajibnyalah Dia hidup.
Mana mungkin Dia menjadikan makhluk-makhluk yang boleh
mendengar dan melihat sedangkan Dia sendiri buta dan pekak. Sewajibnyalah Dia
mendengar dan melihat.
Mustahil Tuhan punya rancangan baru. Mustahil Tuhan
mengubah rancangan-Nya. Mengapa? Kerana segala perancangan-Nya sudah siap
sempurna sejak azali lagi, iaitu sebelum adanya saat pertama. Dan
perancangan-Nya adalah sempurna 100%. Yang sudah sempurna 100%, mana mungkin
akan ditambah, dikurangkan, ditukar, ditangguhkan atau dipercepatkan.
Semestinya Tuhan mendengar dan melihat. Mustahil Tuhan
tidak mendengar (tulis/pekak) dan tidak melihat (buta) kerana :
1.
Tidak dapat melihat dan mendengar itu adalah
sifat lemah. Mustahil Tuhan ada lemah.
2.
Tuhan menjadikan makhluk2 yang boleh mendengar
dan melihat, takkanlah Dia sendiri tidak boleh mendengar dan melihat. Mustahil
makhluk lebih hebat daripada Dia.
-
Antara maksud pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin
kali ke-35 di Surau Al-Akhbar, Sg Kerang pada 28 Jun 2018. Syarahan Kitab
Aqidah.
Apabila Nabi Ibrahim as berhujah kepada bapanya :
“Wahai bapaku! Mengapa engkau menyembah sesuatu yang
TIDAK MENDENGAR, TIDAK MELIHAT dan tidak (dapat) memberikan pertolongan kepada
engkau walau sedikitpun?” (Maryam : 42)
Maka maksudnya… Tuhan yang sebenar itu MENDENGAR, MELIHAT
dan berkuasa memberikan pertolongan.
“Dan itulah hujah-hujah yang Kami berikan kepada Ibrahim
untuk menghadapi kaumnya.” (Al-An’am : 83)
Sebahagian manusia bersangka bahawa alam inilah yang
dengan sendirinya menjadikan isi kandungan alam termasuklah manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, bumi, langit, bintang-bintang dan sebagainya. Hal ini adalah
mustahil, tidak dapat diterima oleh akal sama sekali. Bukankah manusia ada ilmu
pengetahuan dan perasaan. Mana mungkin alam yang tidak punya ilmu pengetahuan
dan perasaan dapat menciptakan makhluk yang punya ilmu pengetahuan dan
perasaan.
TAUHID
Apabila maqam tauhid semakin tinggi, kita akan berIlahkan
Allah dengan lebih berkualiti berbanding orang2 biasa.
Tauhid yang benar-benar awwam ialah percaya bahwa Tuhan
itu ada, namanya Allah dan hanya Dia sahaja satu-satunya Tuhan. Tauhid sebegini
selayaknya untuk orang2 yang baru memeluk agama Islam dan golongan kanak-kanak.
Bagi orang-orang yang sudah sedia atau lama Islam dan sudah baligh, mereka
mestilah berusaha untuk meningkatkan tauhid mereka dari semasa ke semasa untuk
mengesakan Allah iaitu mengesakan af’al, asma’, sifat dan zat.