Sejarahnya, saya mula mensyarahkan kitab secara umum di masjid/ surau pada tahun 2007. Sebelum itu syarahannya hanya dalam majlis2 kecil bermula tahun 1997. Lebih kurang 10 tahun juga masa diambil.
Kitab yang mula2 disyarahkan kepada umum ialah kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman susunan Syeikh Fahmi Zamzam, kemudian kitab Munyatul Musolli karangan Syeikh Daud Fatoni, kitab Kifaayatul Muhtaaj juga oleh Syeikh Daud Fatani, Kimiya’ us-Sa’adah oleh Imam al-Ghazali, Misykatul Anwar oleh Imam al-Ghazali, Al-Munqiz min adh-Dhalal oleh Imam al-Ghazali, dan beberapa kitab lagi. Yang utamanya ialah kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, sejak tahun 2011 sampailah sekarang. Semua pengajian adalah percuma.
Pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 2019, tiba2 saya mendapat fikiran untuk berhenti mengajar. Maka bermula bulan Oktober 2019 (6 bulan sebelum PKP) itu saya mula mohon berhenti mengajar secara berhadapan dan menolak semua jemputan ceramah. Sejak itu sampailah sekarang (hujung 2024), saya tidak lagi buat pengajian umum. Cuma pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin sahaja yang masih disambung, tapi sekadar secara online.
Sewaktu mula2 mensyarahkan kitab Ihya’ dulu, ada saya maklumkan yang sekiranya panjang umur, insya-Allah kitab Ihya’ ini akan dikhatamkan dalam tempoh masa antara 20 ke 23 tahun. Maka, saya cubalah.
Kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri daripada 40 kitab di dalamnya. Lebih kurang 10 kitab2 yang lebih penting di dalamnya sudah ditamatkan. Insya-Allah bakinya dalam perjalanan. Doakan kami.
26/11/24
No comments:
Post a Comment