Sunday, December 8, 2024

Arah Qiblat dan Perenggan Tanah Berubah

 

Beberapa puluh tahun sekali, ada arah qiblat masjid, surau atau bangunan2 lain yang berubah. Arah qiblatnya berkalih sedikit daripada arah yang sebelumnya. Ada perenggan2 tanah yang berubah. Setelah dibuat ukuran terkini, tiba2 sebahagian daripada tanah kita sudah termasuk ke dalam tanah orang lain. Dan sebahagian tanah orang lain pula termasuk ke dalam perenggan tanah kita. Hal ini akan lebih bermasalah sekiranya melibatkan binaan atau bangunan rumah terutamanya, hinggakan ada yang bermasam muka, bergaduh dan ada yang sampai bermusuh.


Mengapa perubahan ini terjadi? Penyebab utamanya adalah kerana bumi kita ini khususnya bahagian daratan tidak diam setempat. Gunung-ganang bergerak dan daratan juga bergerak, cuma kita yang tidak menyedarinya. Ringkas kata, sebenarnya peta dunia ada berubah.


Allah ‘Azza wa Jalla berfiman : “Dan engkau melihat gunung-ganang (lalu) engkau menganggap ia berdiam setempat di tempatnya. Padahal ia bergerak sebagaiman bergeraknya awan. (Begitulah) pekerjaan Allah yang membuat sesuatu dengan serapi-rapinya. Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang engkau lakukan.” (An-Naml : 88)


- Petikan pengajian keluarga 31/11/24 – lanjutan ilmu as-sa’ah (dan ilmu alam Imam al-Ghazali)

No comments: