Prepping itu Nabi saw punya sunnah. Berada dalam fardhu ad-diin keempat iaitu ilmu as-sa’ah. Ada ilmunya, ada guru2nya, ada kaedah2nya dan ada sanadnya sampai ke Rasulullah. Bertaraf fardhu, bukan rendah2. Malangnya apabila berbicara tentang prepping, tak kurang yang menyanggah termasuklah yang bergelar asatizah. Kononnya menakut2kan ummah. Kononnya itu semua teori konspirasi punya kerenah. Namun bagi yang mengikut, kini (dan sebelum2 ini pun) mendapat manfaatlah sudah, walaupun sedang diuji musibah. Al-iman, al-islam, al-ihsan, al-sa’ah. Empat sekawan berturutan diajar oleh Jibril kepada para sahabah. Berlaku di dalam majlis Rasulullah. Belajar dan pegang teguh2, jangan goyah.
No comments:
Post a Comment