Orang2 yang hatinya ada sudut2 tidak baik itu ada di mana2. Dalam kalangan orang2 bertarekat ada, dalam kalangan orang2 tidak bertarekat pun ada. Yang paling penting, kita jangan bersikap macam mereka. Setiap manusia ini diuji oleh Allah dengan ujian masing2. Itu ujian Allah kepada mereka. Kita doakan kebaikan untuk diri kita, dan kebaikan untuk diri mereka juga.
Setiap orang ada kelemahan dan kesilapan. Guru2 dan orang2 soleh pun sama. Jadi, dengan mereka itu, kita ambillah pelajaran2 agama. Mana hal2 yang tidak bagus, yang lemah dan yang silap pada mereka, kita tolaklah ke tepi. Dan kita doakan agar mereka dimudahkan oleh Allah untuk perbaiki kelemahan dan kesilapan mereka tu. Yang baik daripada mereka, kita ambil. Yang tak baik daripada mereka, kita tolak. Kita terus belajar ilmu2 agama macam biasa sahaja. Dapat juga kita tambah ilmu.
Nov 2024
No comments:
Post a Comment