Saturday, December 21, 2024

Hubungan Qalbu dan Ilmu

 

Persoalan : Bagaimanakah hubungan antara qalbu kita dengan ilmu?

Jawapannya : Contohnya, sebatang lilin yang menyala diletakkan di hadapan sebuah cermin. Maka ada 3 perkara utama yang wujud di sana iaitu :

1. Lilin yang menyala (ilmu yang Allah sentiasa “pancarkan” kepada kita).

2. Cermin (qalbu kita).

3. Rupa lilin menyala di dalam cermin (saki baki ilmu yang dipancarkan itu, hasilnya, rakaman ilmu yang Allah pancarkan).

- Begitulah hubungannya.


Persoalan : Mengapakah qalbu itu kosong daripada ilmu?

Jawapannya : Sesungguhnya hati itu kosong daripada ilmu pengetahuan disebabkan 5 perkara :

1. Kerana ada kekurangan pada qalbu itu.

2. Kerana ada kekotoran pada qalbu itu.

3. Kerana qalbu itu dipalingkan dari arah hakikat yang dicari

4. Kerana ada hijab pada qalbu itu.

5. Kerana qalbu itu jahil tentang arah pencarian.


- Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-290 (tahun ke-14). Disember 2024

No comments: