Petikan Syarahan Risalah Ath-Thair (Al-Ghazali) siri ke-4 oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali
1. Sebuah “pulau” di bahagian “barat dunia” itu berkait dengan qalbu.
2. Sebenarnya 8 Jenis Mengenal iaitu mengenal diri, mengenal Allah, mengenal dunia, mengenal akhirat, mengenal syaitan, mengenal malaikat, mengenal yang benar, dan mengenal yang salah itu ada berkait dalam Risalah Burung (Ath-Thair) ini.
3. Sifat kesyaitanan dan sifat kemalaikatan dalam diri kita saling bertembung.
4. Dalam beragama ini, sebenarnya dengan yang asas2 pun sudah ok, tapi eloklah kita mencari lebih lagi.
5. Untuk pergi jauh, kita kena lalui jalan sufi.
6. Tawakal itu buah (hasil daripada) tauhid.
7. Kita berharap agar semua dapat jadi “tetamu” kepada Yang kita tujui (Allah).
8. Sangat beruntung dan bersyukurlah orang2 yang dalam “perjalanan” keruhanian ini ada orang2 lain yang menyokongnya seperti isteri, kaum keluarga dan sebagainya.
9. Oasis ada pokok2 dan air. “Oasis” ertinya ada kehidupan. Hati kita boleh jadi segersang padang pasir atau sesubur oasis.
10. Dalam “perjalanan” ini, banyak orang yang pada awalnya bersemangat tetapi kemudian terhenti.
11. Dalam “perjalanan” ini, ada cabaran2 berupa “hamparan yang amat luas, gunung yang amat tinggi, samudera yang amat dalam, wilayah2 dingin dan wilayah2 panas”.
12. Nafsu tidak dapat di hapuskan tetapi ia boleh dikendalikan.
2024
No comments:
Post a Comment