Mengapa ada penggredan maklumat yang khusus dalam ilmu as-saah? Supaya :
i) Kita tidak mudah2 naik semangat melulu dalam sesuatu hal.
ii) Kita tidak akan terkena penyakit taksub.
iii) Kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa berhati-hati.
iv) Kita sukar untuk diambil kesempatan oleh orang lain.
v) Kita lebih berpeluang terselamat, tidak mudah2 tersalah langkah (walaupun tetap ada risiko untuk tidak selamat dan tersalah langkah).
Samalah halnya dengan penggredan hadith. Kita tidak boleh mudah2 mengambil sesuatu hadith untuk dijadikan hujah, sandaran dan pegangan. Hendaklah diteliti terlebih dahulu kekuatan hadithnya. Maka barulah hujah, sandaran dan pegangan kita itu kemas. Tambah2 dalam ilmu as-sa’ah ini sangat banyak menggunakan hadith2.
Selalu kita terjumpa dalam media sosial akan orang2 yang berkata2 tentang akhir zaman dan zaman akhir tanpa mereka pedulikan kuat atau tidak cerita dan pandangan mereka itu. Yang mereka utamakan adalah ceritanya sedap, ramai orang suka, dapat terus kekalkan momentum followers, boleh buat duit, boleh dapat peluang2 dan sebagainya. Masyarakat zaman akhir ini pula lebih suka cerita2 yang menakjubkan berbanding cerita2 yang kuat sandaran.
- petikan Pengajian Intensif Ilmu As-Saah batch 3
No comments:
Post a Comment