Saturday, December 21, 2024

Mengapa Al-Ghazali Menulis Kitab Misykatul Anwar?

Mengapa Imam al-Ghazali menulis kitab Misykat al-Anwar ini?

Kerana ada seorang hamba Allah yang meminta Imam al-Ghazali mengajarkannya ilmu ini. Kata al-imam :


Engkau telah meminta kepadaku wahai saudaraku – semoga Allah membimbing engkau untuk mendapatkan kebahagian teragung, menjadikan engkau calon untuk bermi’raaj ke puncak tertinggi, menyinari pandangan engkau dengan nur hakikat, dan membuang daripada batin engkau segala sesuatu selain yang haqq (yakni kebenaran).


Engkau meminta kepada aku untuk mengungkapkan bagi engkau akan rahsia2 nur Ilahi, beserta kiasan2 di sebalik makna literal (yakni di sebalik maksud2 yang zahiriyah) akan teks tertentu dalam Al-Quran dan kata-kata tertentu dalam al-hadith, terutamanya (firman Allah yang mengatakan) :


Allah nur langit dan bumi. Perumpamaan (misalan) nur-Nya adalah bagaikan satu misykat yang di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam kaca, kaca itu laksana bintang yang bersinar cemerlang, dinyalakan dengan minyak pokok yang diberkati iaitu pokok zaitun, yang tidak timur dan tidak barat, yang minyaknya hampir2 menyala dengan sendirinya walaupun tidak tersentuh dengan api – nur atas nur (cahaya berlapis cahaya).” (An-Nuur : 35)


Apakah maksudnya Allah membuat perumpamaan dengan misykat, kaca, pelita, minyak dan pokok?


...petikan syarahan kitab Misykatul Anwar oleh Ustaz Dzul al-Ghazali


No comments: