Antara petikan perkongsian oleh Pak Long Abu al-Ghazali dalam Pengajian 4S kali ke-5 :
1. Insya-Allah kehadiran dan pengorbanan hadirin semua akan mendapat manfaat2 berupa kasih sayang Allah, pahala, ilmu, semangat dalam beragama, persaudaraan dan sebagainya.
2. Insya-Allah dengan Mengenal Yang 8 (diri, Allah, dunia, akhirat, syaitan, malaikat, kebenaran, kesalahan) akan membuatkan kita lebih berpotensi untuk selamat di dunia dan di akhirat, manakala dengan Mencinta Yang 8 (Allah, Kitabullah, Rasulullah, as-sunnah, diri, ummah, ‘ibadah, dakwah) pula akan membuatkan maqam kita di “sisi” Allah SWT lebih tinggi.
3. Mencintai diri sendiri itu tidak ada masalah kerana umumnya semua orang mencintai diri sendiri, semua orang pun buat. Tetapi mencintai ummah yang ini yang kurang. Ada orang yang tidka peduli umat pun, ada yang peduli begitu2 sahaja, kurang ada yang sampai ke peringkat suka, dan lagi kurang yang ada sampai ke peringkat cinta.
Siapakah yang paling kuat mencintai umat? R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, sahabat2 utama yang lain). Imam al-Ghazali sangat mencintai ummah. Para wali semua mencintai ummah. Jika haiwan dan tumbuh2an pun mereka kasih, apatah lagi ummah. (Kisah2 Sunan Bonang, Sunan Kalijogo, Tuan Tulis, Tok Kenali)
4. Apakah untungnya sampai ke maqam mencintai ummah?
i) Kita akan “mendekati” R4S.
ii) Insya-Allah akan dapat maqam2 yang lebih tinggi dalam keruhanian.
iii) Dapat pahala, kasih sayang dan cinta Allah.
5. Teruslah berpegang dengan 4 Pakaian Da’i iaitu ADAB dan AKHLAK mendahului ilmu, BENAR dan KUKUH menundukkan ragu.
6. Ilmu Tungku As-Sa’ah dan Ilmu Alam :
i) Mengapa qiblat dan perenggan tanah berubah?
ii) Apakah antara cara mengenalpasti jangkaan cuaca yang lebih baik?
iii) Teknologi Ai
7. Bagaimanakah salah satu usaha untuk melepasi maqam ma’rifah (awwaluddin, awwal ad-diin) lalu menuju ke maqam selepas ma’rifah (nisf ad-diin, akhir ad-diin dan kamal ad-diin)?
8. Dalam tarbiah, sahaya selalu terasa terlambat kerana terlalu banyaknya ilmu dan amal yang mahu ditarbiahkan sedangkan sangat kurangnya masa dan tenaga yang ada.
9. Antara seruan tindakan :
i) Kita buat apa yang Allah suka, yang tentunya orang2 soleh suka. Jangan buat apa yang Allah tak suka, yang tentunya orang2 soleh juga tak suka.
ii) Kita lebih fokus kepada hal2 yang lebih penting berbanding hal2 yang penting. Apatah lagi jika hal2 itu tidak mencapai tahap penting.
iii) Kita kenalah berusaha untuk mencapai maqam2 selepas ma’rifatullah.
No comments:
Post a Comment