PERSOALAN : Saya pernah dikejutkan 4 oleh ruhaniah pada jam lebih kurang 2 pagi di bilik rumah saya. Pada mulanya saya terkejut sebab melihat ruhaniah tersebut bercahaya sampai silau. Dia memberi salam dan suruh saya bangkit beribadat. Saya tak pasti bagaimana cara dia berkomunikasi dengan saya sebab bukan dengan percakapan biasa kita tetapi saya boleh faham. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Raja Haji Fi Sabilillah. Lagi 3 orang diam sahaja. Raja Haji memanggil saya, "Wahai bakal qutub Tanah Melayu, bangkit kamu beribadat." Saya tarik selimut dan tidur semula. Mereka mengejutkan saya semula dan terus hilang dengan cahaya yang berkilau.
Unutk makluman ustaz, ada kemungkinan saya keturunan Raja Haji. Keluarga ibu saya di Melaka di perkampungan xxxxxxx, xxxxxxxxx xxxxx kebanyakannya keturunan Raja Haji. Tapi tidak ada salasilah dan bukti. Kalau ada darah pun dah jauh sangat.
PENJELASAN :
1. Tentang cara berkomunikasi itu, insya-Allah saya faham situasinya. Memang ada keadaan yang sebegitu.
2. Tentang makhluk yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Haji Fisabilillah itu, saya berpandangan dia bukanlah Raja Haji Fisabilillah tetapi makhluk lain yang mengaku sebagai Raja Haji Fisabilillah. Wallahua'lam.
3. Tentang bakal qutub khususnya bagi Tanah Melayu, hal itu tidaklah mustahil kerana Allah boleh memilih sesiapa sahaja yang dikehendakinya termasuklah tuan. Tak mustahil.
*Saya juga pernah bermimpi didatangi seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Tun Perak iaitu bendahara Melaka yang termasyhur. Walaupun kebanyakan orang lebih memandang Laksanama Hang Tuah, tetapi sebenarnya Tun Perak adalah lebih tinggi tasawuf sufinya. Laksamana Hang Tuah sendiri banyak mengambil ilmu (berguru) dengan Bendahara Tun Perak. Dalam mimpi itu, makhluk yang mengaku sebagai Tun Perak itu juga ada mengatakan begitu begini (yang hebat luar biasa) kepada saya. Namun saya tidaklah meyakininya sebagai Tun Perak dan tidak juga khabar2 yang dia bawa. Sekiranya berlaku pun nanti persisi khabar2 itu, saya anggap hal itu sebagai kebetulan sahaja. Wallahua'lam.
16/10/22
No comments:
Post a Comment