Saturday, October 15, 2022

Ledakan Mazmumah dalam Berpilihan Raya

 

Seperti biasa,

antara musibah menjelang pilihan raya,

sifat2 mazmumah akan meledak keluar

malah seperti sudah jadi keperluan

tanpa mengira :

asal keturunan,

tempat kelahiran,

latar pendidikan,

lelaki perempuan,

cara berpakaian,

bersongkok berserban,

orang masjid, orang kedai makan,

duduk bandar, duduk pedalaman,

pegawai atasan, kuli bawahan,

kaya melaut, miskin tak cukup makan,

parti sendiri, parti lawan.

Umumnya semua lebih kurang sepadan.


Hilang kata-kata sopan,

berkurang keikhlasan,

matlamat menghalalkan jalan,

berdengki-dengkian,

sangka buruk didahulukan,

saling memfitnah dan mengaibkan,

cari menang, bukan lagi cari kebenaran.


Seolah-olah tasawuf sufi al-ihsan

dicuti atau ditangguhkan

untuk memberi laluan

kepada perebutan dan perbalahan.


Walaupun sangat ramai orang sebegitu,

pastikan kita bukan salah satu.

Mulakan dengan diri sendiri dahulu,

doakan dan nasihatkan yang lain-lain selalu.


Fikir yang baik,

cakap yang baik,

dan buat yang baik

sahaja.



Abu Zulfiqar al-Amsyari

12/10/22

No comments: