Tuesday, October 25, 2022

Berhukum Berdasarkan Apa Yang Berlaku di Lapangan

 

Kita selaku jeneral utama membawa 20,000 askar ke medan perang. Ada askar barisan hadapan, berkuda, pemanah, perisik, tukang manjanik, petugas kesihatan, penyedia makanan, dan sebagainya. 10,000 orang daripada jumlah itu akan aktif menggunakan perisai.


Antara tanggungjawab jeneral utama adalah untuk mengesahkan pemilihan peralatan perang yang bakal digunakan termasuklah perisai. Masalahnya ada dua pilihan perisai iaitu :

1. perisai A buatan Bani Kimyah - disahkan sebagai perisai terbaik oleh pakar-pakar perisai kerajaan, pihak2 pengeluar perisai, para penguji perisai di kilang, tokoh2 tentera, termasuklah oleh pihak musuh juga.

2. perisai Z buatan Bani Almiyyah - diakui sebagai bagus juga tetapi jarang disentuh dan dipedulikan orang.


Hampir semua panglima menyarankan agar seluruh angkatan tentera menggunakan perisai A sahaja namun jeneral utama mempunyai pandangannya yang tersendiri. Jeneral utama tidak mahu sekadar mendengar cakap2 orang melainkan dia mahu menyaksikan sendiri keefektifan dan kualiti perisai2 itu di lapangan dan medan pertempuran yang sebenar. Dia mahu melihat dan meneliti situasi sebenar, bukan situasi jangkaan. Hal ini kerana selepas ini dia bakal ditugaskan memimpin bala tentera yang lebih besar iaitu seramai 100,000 orang pula ke medan perang yang lebih besar. Sudah tentulah dia mahukan perisai yang terbaik untuk tenteranya.


Oleh itu 9,000 askar (90%) dibekalkan dengan perisai A manakala 1,000 askar lagi (10%) dibekalkan dengan perisai B.


Dipendekkan cerita, perang pun berlaku. Dari waktu dhuha sampailah ke waktu menjelang maghrib. Kemudian perang hari pertama pun dihentikan untuk disambung pada keseesokan harinya.


Pada malam itu penilaian keseluruhan pun dibuat termasuklah ke atas perisai untuk menyusun strategi perang yang terbaik esoknya. Ternyata :


PERISAI A (jumlah pengguna : 9,000 orang)

80% perisai A rosak teruk, terbelah atau pecah (7,200 buah perisai)

50% askar yang menggunakan perisai A pula cedera parah atau terkorban (melibatkan 4,500 orang)


PERISAI B (jumlah pengguna : 1,000 orang)

20% sahaja perisai B rosak teruk, terbelah atau pecah (200 orang)

10% sahaja askar yang menggunakan perisai B sama ada cedera teruk atau terkorban (100 orang)


Berdasarkan dapatan atau hasil yang sebegini, maka esoknya seluruh askar berperisai pun dibekalkan dengan perisai B buatan Bani Almiyah sekalipun sangat kurang disokong oleh kata2 para ahli/pakar. Mengapa? Kerana si jeneral utama benar2 faqih dengan alam perang. Dia berhukum dan berkeputusan berdasarkan situasi sebenar di lapangan, bukannya atas sekadar kata2 orang itu ini dan kajian2 pihak itu ini.


25/10/22

No comments: