Datang hendak berubat penyakit luaran
tetapi tidak mahu berubat yang dalaman
melainkan hanya mahu berubat
yang atas2 kulit badan,
tak mahu ubat jenis telan dan makan
melainkan mahu yang jenis sapu2an dan gosok2an,
detox dan berpantang ditolak habis-habisan,
amalan dan pemakanan sunnah
serta yang bersifat kealaman diragukan...
Hasilnya?
Nampak macam legalah satu dua pekan
atau satu dua bulan
tapi sendiri terpaksa datang lagilah
berubat berulang2 kemudian.
Jika tak diulang kehadiran pun,
akan diulang ramuan dan ubat2an.
Mengapa?
Kerana penyakit2 itu tetap datang berkesinambungan.
Perawat tidak kerugian
kerana setiap kali kehadiran
biasanya dihadiahkan imbuhan.
Setiap kali dibeli ramuan dan ubatan,
tentulah ada bayaran untuk bahan.
Tetapi perawat berasa sangat kasihan,
kerana sebenarnya
dengan sekali dua rawatan
sudah sepatutnya beroleh banyak kesembuhan.
Tetapi kerana detox dan berpantang
tiada mahu diamalkan,
pemakanan yang disarankan juga diabaikan,
maka tiadalah banyak yang dapat diusahakan.
"Jin" yang masuk dan tersimpan
di "tiang seri kediaman",
itulah punca utama penggalak ketidaksihatan.
Selagi ia tidak dikeluarkan, atau dimatikan,
atau sekurang-kurangnya DILEMAHKAN,
maka pada adatnya
penyakit dan masalah "rumah" akan berterusan
selagi hayat dikandung badan.
Yang pada "tiang seri" itulah jadi keutamaan,
tapi ramai yang lebih beri perhatian
terhadap gangguan-gangguan kesihatan "kediaman".
Habuk2 dan sisa2 makanan
yang di bawah tikar dan hamparan
jika dibiarkan,
kita terpaksalah
menyapu habuk2 di atasnya berulang2an
dan sentiasa menyedut bau2an
yang tidak menyenangkan.
Tapi jika yang di bawah tikar itu dibereskan
insya-Allah lambatlah pula hendak menyapu kemudian
dan tiadalah lagi hapak busuk masam
yang mengganggu penghiduan.
Berdoa - mohon petunjuk - fikir2kan - ambil tindakan.
Semoga diberi-Nya jalan dan dimudahkan.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
26/10/22
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment