Saturday, October 1, 2022

Satu Kesempatan untuk Berjaya Berkekalan

 

Antara yang sangat kutakuti -

KURANG sempat

(jika masih BANYAK sempat tidak mengapa)

apatah lagi jika sampai TIDAK sempat

untuk belajar, beramal dan berdakwah

kerana aku

sibuk dengan kerjaya,

sibuk dengan keluarga,

sibuk dengan kawan-kawan,

sibuk dengan rumah kediaman,

sibuk dengan hiburan,

sibuk dengan sukan,

sibuk dengan hobi kesukaan,

sibuk dengan perniagaan,

sibuk dengan kerehatan,

sibuk dengan politik kepartian,

sibuk dengan pertubuhan,

sibuk dengan perjalanan,

sibuk dengan kelapangan dan keselesaan,

sibuk dengan keduniaan.


Padahal aku hanya punya

satu kesempatan sahaja

iaitu sekadar tempoh masa

sehayat hidup di dunia

yang sebenarnya sangat sekejap cuma.


Ya Allah,

Engkau sudah berikan aku satu kesempatan.

Semoga aku tidak alpa dan kerugian.


1/10/22


No comments: