Sunday, October 16, 2022

Mimpi Serigala dan Kambing

 

Ada seorang hamba Allah yang pernah bermimpi melihat seekor serigala sedang berjalan perlahan-lahan di padang rumput. Yang peliknya, betul-betul di belakang serigala itu ada seekor kambing muda yang mengikuti sang serigala ke mana sahaja sang serigala itu berjalan kerana disangkakan serigala itu ialah ibunya. Di dalam mimpi itu dia berasa hairan kerana setahunya serigala sememangnya pemangsa kepada kambing dan kambing ialah mangsa kepada serigala. Maka kambing muda itu akan dimakan oleh sang serigala apabila sampai waktu ia lapar nanti.


Seterusnya, di belakang kambing muda itu berjalan pula seekor kambing betina yang sudah agak usianya. Di atas belakang kambing betina itu duduk seekor anaknya yang masih sangat kecil (masih bayi). Semuanya berjalan sebaris dan dekat-dekat.


Baru-baru ini barulah ditanyakan maksud mimpi ini kepada saya.


MAKSUD MIMPI INI


1. Serigala = penguasa.


2. Kambing muda = orang-orang bawahan terutamanya golongan muda. Disangkakan sang penguasa itu adalah penjaga, pembelanya dan penyelamatnya. Dengan mengikuti langkah-langkah jalan sang penguasa itu dirasakan akan membuatkan mereka terjaga, terbela dan terselamat.


3. Kambing betina = orang-orang bawahan golong usia matang dan veteran. Mereka juga punya pemahaman sebagaimana rakyat golongan muda.


4. Anak kambing kecil = keperluan sang penguasa. Keperluan-keperluan pihak penguasa itu terbeban ke atas golongan ini dan mereka menyediakannya sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.


Wallahua'lam.


16/10/22

No comments: