Saturday, October 1, 2022

Zikir Khafi Imam Al-Ghazali?

 

Maaf sebelumnya Tuan Ustadz, izin bertanya. Ada saya dengar seorang ustadz berkata bahawa zikir Imam Al-Ghazali adalah zikir khafi yaitu Laa Ilahaillallah dan Allah Alah yang kemudian diamalkan oleh tarekat-tarekat sesudahnya seperti Naqsyabandiyah, Syaziliyah dan lainnya. Benarkah pernyataan ustadz tersebut?


PENJELASAN : Sebenar2 zikir Imam al-Ghazali itu tentunya tanpa berlafaz (walau di dalam hati), tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa bunyi. Namun Imam al-Ghazali memang ada mengamalkan lafaz zikrullah "Allah" sebagaimana yang dijelaskannya dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin. Para pengamal Tarekat Ghazaliyah memang sangat dianjurkan untuk membiasakan mengamalkannya sama ada di mulut, atau di hati, atau pada kedua-duanya sekaligus. Tazkirah subuh tentang hal ini ada sahaya buat ketika berkunjung ke Jerantut (di Ulu Cheka) beberapa tahun yang lalu dan ada rakamannya di Youtube. Dalam rakaman pengajian kitab Ihya' pun ada 2-3 kali tetapi sahaya sudah tidak ingat dalam rakaman yang mana satu.


Tentang lafaz zikrullah "Laa Ilahalillalalah" secara khafi, kemungkinan besar ada juga dibuat oleh Imam tetapi sahaya tidak jumpa penerangan yang jelas2 tertulis sebagaimana lafaz zikrullah "Allah" itu.


Banyak tokoh dan aliran sufi yang mengamalkan sama ada salah satu atau kedua-dua lafaz di atas sebagai zikir khafi sejak sebelum zaman Imam al-Ghazali lagi dan selepasnya sehinggalah ke hari ini.

 

29/9/22


No comments: