Tuesday, August 2, 2016

Antara Punca Bani Israil Sangat Dilaknat

Bani Israil merupakan golongan manusia yang paling dekat dengan orang-orang agama terpilih iaitu para rasul, nabi-nabi, wali-wali dan para ulama. Mereka paling banyak tahu, lihat, dengar dan rasa kelebihan-kelebihan para agamawan itu. Mereka yakin semua itu benar. TETAPI, sejarah membuktikan merekalah yang paling kuat menolak, menentang, memperlekehkan, menjatuhkan dan menggagalkan kerja-kerja agama para agamawan itu. Mereka sentiasa merasakan pandangan mereka adalah betul atau sekurang-kurangnya lebih betul berbanding para agamawan tersebut, yang tidak lain ialah pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Sebaliknya orang-orang yang jauh daripada para agamawan itu sangat menyanjung mereka. Bukan sekadar jauh dari segi lokasi, bahkan dari segi zaman, iaitu orang-orang Islam yang mengikut ajaran Nabi Muhammad saw.

Fahamlah kita mengapa umumnya kaum Bani Israil yang derhaka itu sangat dilaknat oleh Allah SWT.


Abu Zulfiqar

1 Ogos 2016

1 comment:

Anonymous said...

Yahudi kufur dimurkai Allah swt kerana mrk mengetahui kebenaran tp berpaling drnya, mengabaikannya, menolaknya, menentangnya, mengada ngadakan kedustaan terhdpnya, yg dlm waktu yg sama mengaku beriman kpd Allah swt dan Hari Akhir. Sgt berani juga mrk mengada ngadakan kebohongan terhdp Allah swt. Siapakah yg lebih zalim dr golongan sebegini ? Bahkan lebih zalim dr musyrikin sesat. Mk beringat ingatlah kita yg mengaku muslim ini, yg mengetahui kebenaran, dr melakukan perkara yg sama dgn Yahudi kufur berkenaan, na'uzubillah !