Pertanyaan : Boleh tak saya minta tolong ustaz huraikan cara prepping Rasulullah lebih lanjut sedikit lagi kerana ada yang kata bukan jalan Nabi SAW simpan makanan, dinar dirham dan sebagainya untuk masa kecemasan?
Jawapan : Huraian lanjutnya sukar untuk dijelaskan dalam ruang yang sangat terhad ini. Mahu tak mahu kenalah berguru akan ilmu as-sa’ah. Nanti jika ada di mana2 pengajian ilmu as-sa’ah (atau yang seumpama dengannya), usahalah untuk hadir. Mungkin akan ketemu jawapan yang lebih lengkap. Cuma sebagai jawapan yang sangat ringkas (sebagai bekal permulaannya), Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Tauhid dan Tawakkal, Rasulullah saw berusaha untuk prepping makanan selama satu tahun untuk keluarganya. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment