Pertanyaan : Saya cuma nak tanya sedikit jer lagi mengenai makanan yang disimpan oleh RasulAllah selama satu tahun tu keadaannya atau tahun bila yang RasulAllah buat tu ya Tuan Guru?
Jawapan : Tidak disebutkan jenis makanannya. Kemungkinan besar makanan2 itu ialah makanan2 asasi bagi orang2 Hijjaz zaman itu iaitu gandum/tepung dan kurma. Tidak dinyatakan tahunnya juga. Cuma kata Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya’ : “Rasulullah saw menyimpan untuk keluarganya makanan setahun.” Dan pada nota kakinya, Al-Iraqi iaitu ulama yang menyemak kitab Ihya’ ini menjelaskan bahawa rumusan tulisan Imam al-Ghazali itu (perbuatan Rasulullah itu) adalah daripada hadith Imam Bukhari dan daripada hadith Imam Muslim.
No comments:
Post a Comment