Sunday, June 8, 2025

Sufi Mengejar Maqam?

 

Paklong Abu : Dalam bertasauf, bersufi, bertariqah ni, antara petuanya – selagi kita dok berasa diri kita ni orang luar biasa, orang terpilih, lebih special berbanding orang2 lain, ertinya kita masih di maqam bawah2 le tu. Dah hilang dah perasaan, atau perasan,  atau sangkaan, atau dakwaan2 sebegitu, masa tu lah kot2 kita berpeluang naik ke maqam2 tinggi.

(…pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-296)

 

Pertanyaan : Adakah sufi sejati mengejar maqam ya ustaz?

 

Paklong Abu : Ya. Contoh mudahnya - Ada orang dekat dengan Allah dan ada yang jauh. Tentulah kita doa dan usaha untk mendapatkan maqam dekat dengan Allah. Ada yang maqamnya beribadah kerana takut neraka dan ada maqamnya yang beribadah kerana cinta Allah. Tentulah kita usaha n doa agar dapat maqam cinta. Ada orang berada pada maqam banyak buat dosa dan ada yang berada pada maqam kurang buat dosa. Maka tentulah kita doa dan usaha untuk dapatkan maqam orang2 kurang buat dosa. Ada orang yang berada pada maqam bermatlamatkan jannah. Ada pula orang yang berada pada maqam bermatlamatkan Tuan Punya Jannah. Maka tentulah kita usaha dan doa untuk mendapatkan maqam bermatlamatkan Tuan Punya Jannah. Begitulah seterusanya dalam hal2 lain.

No comments: