Jangan engkau biasakan terlambat,
Nanti banyak ilmu tak dapat.
Elakkan berkali-kali terlewat,
Khuatir banyak perkara tak sempat.
Usah asyik bertangguh-tangguh,
Nanti nak mengejar, engkau kan jenoh.
Jika sekarang tidak berlelah,
Kemudian hari engkau kan gundah.
Jangan takut untuk sedikit berkorban,
Kerana amat besar dapatan dan ganjaran.
Niat dan tindak bermula hari ini,
Kerana esok belum tentu lagi.
27/6/25
No comments:
Post a Comment