Friday, June 27, 2025

Sanad Tarekat Ghazaliyah Melalui Saiyidina Uthman

 

SANAD TAREKAT GHAZALIYAH MELALUI 4 SAHABAT UTAMA DAN ISU SANAD SAIYIDINA UTHMAN

 

Pertanyaan : Mengapa sanad Tarekat Ghazaliyah daripada jalur Saiyidina Uthman itu tidak sampai kepada kita?

 

Jawapannya :

Agak panjang sejarahnya. Secara ringkasnya, pada asalnya memang sanad Tarekat Ghazaliyah ini turut datang daripada keempat2 orang sahabat Rasulullah saw yang paling utama iaitu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali radhiallahu anhum (khulafa’ ar-rasyidin). Tetapi yang ada maklumatnya pada kita hari ini hanyalah 3 jalur sanad sahaja iaitu melalui jalan S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Ali.  Sanad melalui Saiyidina Uthman sudah tidak ada maklumatnya.

 

Kisahnya, sewaktu huru-hara2 menjelang pembunuhan Saiyidina Uthman, Saiyidina Ali mengambil langkah menyorokkan, “mendiamkan” atau “menghilangkan” murid Saiyidina Uthman tersebut agar si murid (kita sebutkan sahaja sebagai X) terselamat daripada fitnah yang sedang menyala. Ringkas kata, pada kemudian hari, identiti si murid atau X tidak diketahui kebanyakan orang.

 

Kemudian hari, X ada mengambil murid2 dan salah seorangnya diangkat sebagai penggantinya dalam sanad tersebut. Kita sebut sahaja murid ini sebagai Y. Maka sanadnya adalah sebagaimana berikut :

Daripada Rasulullah saw – kepada Saiyidina Uthman – kepada X – kepada Y – dan seterusnya sampai kepada Imam al-Ghazali.

 

Masalah timbul apabila dalam sanad itu kemudiannya tiada disebut nama X. Sanadnya adalah sebagaimana berikut :

Daripada Rasulullah saw – kepada Saiyidina Uthman – kepada Y – dan seterusnya sampai kepada Imam al-Ghazali.

Padahal X memang wujud cuma tidak diketahui identitinya oleh kebanyakan orang.         

 

Timbul persoalan : Tapi, bukankah Saiyidina Uthman dan Y hidup sezaman dan mungkin pernah bertemu? Tentulah tidak ada masalah walaupun X tidak wujud.

Jawapannya : Walaupun mereka hidup sezaman dan katakanlah memang pernah bertemu, tetapi diyakini bahawa Saiyidina Uthman tidak pernah mentarbiyahkan Y ilmu yang tinggi2 atau dalam2, malah tidak mungkin Saiyidina Uthman mengangkat/ melantiknya sebagai pengganti. Malah Y mungkin tidak pernah berguru ilmu kesufian pun dengan Saiyidina Uthman. Hal ini kerana sewaktu Saiyidina Uthman dibunuh, Y MAISH KANAK2, belum pun akil baligh.

 

Ertinya di sini, antara Saiyidina Uthman dan Y, mesti ada seorang lagi mursyid atau pewaris iaitu X. Malangnya identiti X tidak diketahui.

 

Bagi Tarekat Ghazaliyah, sanad yang sebegini tidak dijadikan hujah dan pegangan. Sanad mestilah penuh tanpa terputus, dan kedua2 pihak (mursyid dan penggantinya) memang saling bersuhbah dalam keadaan sekurang2nya kedua2nya sudah akil baligh. Oleh sebab itulah sanad Tarekat Ghazaliyah melalui Saiyidina Uthman kurang dipedulikan. Yang selalu disampaikan hanyalah sanad Tarekat Ghazaliyah melalui Saiyidina Abu Bakar, melalui Saiyidian Umar dan melalui Saiyidina Ali, serta sanad melalui seorang lagi sahabat utama Rasulullah saw iaitu Huzaifah bin Al-Yaman.

 

Apabila Tarekat Ghazaliyah tiba secara rasminya ke Alam Melayu ini, sanad melalui jalan Saiyidina Uthman itu sudah tidak disebut2 lagi dan tiada catatan tentangnya. Sudah tujuh generasi berlalu di Alam Melayu ini. Oleh yang demikian, sanad Tarekat Ghazaliyah yang kita ada pada hari ini hanya empat jalan iaitu melalui Saiyidina, Abu Bakar, Saiyidina Umar, Saiyidian Ali dan Huzaifah bin al-Yaman radhiallu anhum.

 

Setakat itu sahaja rasanya penerangan yang agak ringkas. Untuk lanjutannya, hadirlah ke majlis penerangan, pengijazahan dan bai’ah Tarekat Ghazaliyah pada tahun hadapan pula (atau tahun2 seterusnya). Hendak berjaya dalam apa jua bidang pun, kita mestilah sanggup dan berani berkorban dari segi tenaga, usaha, kerehatan, kehebatan diri, kewangan, ketinggian diri dsb. Jika tidak mahu dan tidak sanggup, umumnya tak adalah. Wallahua’lam. 150625

No comments: