Hendak mempersembahkan diri kita kepada Allah (contoh : solat, haji), kenalah persembahkan diri kita yang bersih lagi suci. Tidak setakat bersih dan suci yang luaran (kulit, pakaian, rambut dsb), tapi juga bersih dan suci yang dalaman (makanan, minuman, isi perut, daging, darah dsb), malah yang lebih penting lagi adalah bersih dan suci yang keruhanian (‘aqal, qalbu). Kita hendak menghadap dan persembahkan diri kita bukan kepada raja2 biasa, tetapi kepada Raja Sebenar Raja. Dia Maha Menyaksikan - dapat menyaksikan yang luaran, yang dalaman dan yang keruhanian dengan 100% kejelasan. Semoga apa yang kita persembahkan, doa2 dan amal2 kita diangkat dan diterima-Nya. 19 02 25
No comments:
Post a Comment