Tuesday, March 18, 2025

Kimia us-Saadah - Kenal Diri Level Haiwan?

 

Sekiranya diri kita sendiri yang paling dekat ini pun kita tidak kenal, macam mana kita nak mengenal yang selain diri kita? Sekiranya diri kita sendiri yang paling dekat ini pun kita tidak bersibuk2 untuk kenal, tiba2 kita nak bersibuk2 nak ambil tahu tentang hal2 lain….. “Engkau dah kenapa?”

 

Jika setakat tahu yang kita ada jasad fizikal, ada kulit, ada rambut, kuku, ada warna2, ada daging, otot, urat, saraf, tulang, cecair, mata, mulut, organ2 dalaman (jantung, paru2, hati, hempedu, buah pinggang, otak), dan sebagainya… ringkasnya yang itu tak dapat membuatkan kita mengenal Tuhan.

 

Paling jauh, semua itu hanya dapat membawa kita kepada mengetahui ADANYA Tuhan sahaja.  Memang ada orang2 yang asalnya tidak beragama (yakni ateis atau mulhid), kemudian mereka mengkaji tubuh badan manusia, haiwan dan tumbuh2an. Dari situ mereka sedar wujudnya satu kuasa “di sebalik” semua itu.

a)      Sebahagian daripada mereka meyakini itulah Tuhan.

b)      Sementara sebahagian lagi mengakui kewujudannya tetapi tidak menganggapnya sebagai Tuhan. Setakat itu sahaja boleh sampai.

 

Tapi untuk sampai ke level ma’rifatullah (mengenal Allah), tak cukup dengan itu semua kerana kita kena mengetahui dan mengenal hal2 yang ghaib.

 

Mengenal an-nafsun atau mengenal diri yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali ini bukan jenis yang macam tu.

 

Haiwan2 pun tahu anggota badan mereka. Contohnya lembu, harimau, monyet dan seumpamanya. Mereka pun tahu mereka ada kaki, tangan, badan, mata, mulut dan sebagainya. Mereka pun tahu – kalau lapar, cari makan. Kalau marah – melawan. Kalau  mengantuk – tidur.

 

Takkanlah kita manusia nak setakat itu je? Itu umumnya kan baru level haiwan?

 

…petikan pengajian kitab Kimiya’ us-Sa’adah… Ramadhan 1446 H

No comments: