Tuesday, March 18, 2025

Risalah Laduniyah - Penafi Ilmu Laduni

Berdasarkan kitab Risalah al-Ladunniyah ini, pada zaman Imam al-Ghazali dulu, orang2 yang sudah level ulama pun termasuklah ulama yang mempertikaikan Imam al-Ghazali itu (Imam al-Ghazali tidak menyatakan nama individu tersebut), ada juga yang tidak tahu dan tidak faham tentang ilmu laduni. Allah tidak rezekikan kepada mereka pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu laduni ini. Jika zaman itu pun ramai, zaman2 kemudian apatah lagi.

 

Ringkas kata, walaupun orang yang menafikan ilmu laduni dan pegangan Imam al-Ghazali itu level ulama, tapi jelas dia tidak ada mursyid, tidak ada tariq, tidak mendalami ilmu al-ihsan yakni tasawuf, sufi, tariqah dsb, dan tidak ada kitab2 yang berkaitan.

 

Ada 4 “sayap” ad-diin iaitu fardhu al-iman, al-islam, al-ihsan, dan as-sa’ah. Maka jelaslah bahawa si ulama itu tadi hanya ada dua “tungku” atau dua “sayap” sahaja iaitu fardhu al-islam dan al-iman.  Sebab itulah “terbang”nya tidak jauh, “terbang”nya tidak laju, dan “terbang”nya tidak tinggi. Maka, “tempat2” yang dia tidak pernah sampai, dia akan kata “tempat2” itu tidak wujudlah.

 

Memang biasa kita jumpa, orang2 yang dikata sebagai ulama itu ada satu sayap sahaja, atau dua sayap sahaja, atau tiga sayap sahaja. Allah beritahu kepada Jibril… 4 sayap. Jibril beritahu kepada Rasulullah dan para sahabatnya… 4 sayap. Begitulah generasi demi generasi sampailah kepada Imam al-Ghazali… 4 sayap. Begitulah bergenerasi dari Imam al-Ghazali sampailah kepada kita… 4 sayap.

 

Maka… kita usahalah tumbuhkan dan gunakan keempat2 sayap juga. Jangan diabaikan walau salah satu. Kita berguru, bersanad, belajar, beramal, dan menyampaikan pula kepada orang2 lain.

 

…petikan pengajian kitab Ar-Risalah al-Ladunniyah (Imam al-Ghazali), Paklong Abu, 16 Ramadhan 1446

No comments: