Ada satu kisah berkaitan Abu Ali ad-Daqqaq (guru kepada Imam Qusyairi) yang sangat bagus pengajarannya buat kita. Ad-Daqqaq berjiran dengan seorang saudagar kaya-raya yang rajin mengerjakan solat malam. Suatu hari saudagar kaya itu terjatuh ketika hendak mengerjakan solat malam lalu demam. Ad-Daqaq pun menziarahinya lalu memberi panduan (nasihat) : “Engkau sudah kaya raya, ibadah yang sepatutnya engkau lebihkan adalah menyedekahkan hartamu dan memberi makan kepada orang2 lapar, bukannya engkau sibuk solat malam yang hanya bermanfaat untuk dirimu sahaja.”
Antara pengajaran penting daripada pengalaman ringkas itu :
i) Umumnya keutamaan peranan seseorang dalam hidup ini berbeza-beza mengikut keadaan dirinya dan keadaan2 yang berkaitan.
ii) Membanyakkan usaha2 (termasuklah amal2) itu amat bagus, tetapi hendaklah disesuaikan menurut keutamaannya, dan kena dengan tempatnya.
iii) Kita mestilah mendahulukan hal2 yang lebih penting berbanding hal2 yang penting.
iv) Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja, tetapi kena mementingkan diri DAN diri2 yang lain (yakni umat). Kerana pada maqam yang lebih tinggi, sebenarnya diri dan semua diri2 yang lain itu adalah “satu diri”.
v) Bagi ahli2 sufi dan pelajar2 sufi khususnya, amal ibadah atau pengabdian tidak terbatas ketika mengerjakan solat sahaja, ketika melafazkan bunyi2 zikrullah sahaja, ketika berpuasa sahaja dsb, tetapi dalam seluruh kehidupan. Mendekatkan diri kepada Allah dan menaikkan maqam2 kita di sisi-Nya bukan dengan solat malam sahaja, tetapi dengan membantu orang2 susah juga.
vi) Tasawuf ini bukan dengan duduk berlazat2 setempat, tapi juga dengan bangun membuat.
Tasawuf bukan dengan banyaknya maklumat, tetapi juga dengan tindakan2 berdasarkan maklumat.
Tasawuf bukan dengan menyempitkan amal ibadat, tapi dengan meluaskannya tanpa ada had.
…petikan pengajian kitab Ar-Risalah al-Ladunniyah (Imam al-Ghazali), Paklong Abu, 16 Ramadhan 1446
No comments:
Post a Comment