Sunday, January 1, 2023

Tafsir Mimpi Guru Menari

 

Seorang hamba Allah bermimpi melihat gurunya melantunkan semacam rangkap2 puisi berirama sambil menari2 di hadapan ramai orang. Hamba Allah itu sendiri pula tidak berhenti berjalan mengelilingi perkumpulan orang ramai tersebut. Itu sahaja maklumat yang diberi lalu ditanyakan kepada saya akan maksud mimpinya itu.


Saya memohon maaf lebih dahulu kerana mesej daripada mimpi itu mungkin tidak menyenangkan. Kemudian saya pun menyatakan maksudnya iaitu guru tersebut sering "menarik" duit daripada orang2 di sekelilingnya melalui "helah"nya. Perbuatan si guru sebenarnya memang disedari oleh hamba Allah yang bermimpi tetapi dia kurang kekuatan untuk mengambil sebarang sikap kerana berasa terikat dengan si guru dan perkumpulannya.


Hamba Allah itu pun mengiyakan hal tersebut. Tanpa diminta, kemudian dia menyatakan pula nama si guru. Jika orang yang itu, saya tidaklah terkejut kerana memang sudah dimaklumi akan pekerjaannya itu sejak sekitar 20 tahun yang lalu. Sampai sekarang pun nampaknya masih kekal begitu. Kala dia terdesak untuk mendapatkan wang, lagi macam2 permainannya. Wallahua'lam.


30/12/22

No comments: