Sunday, January 1, 2023

Hati Jatuh ke Lubang Berkali2

Orang dulu2 umumnya

tak akan terjatuh

ke dalam lubang yang sama

dua kali.

Mereka sangat berhati-hati.


Kemudian datanglah generasi

yang terjatuh ke dalam lubang yang sama

dua kali.

Mereka mula kurang berhati-hati.


Kemudian datang pula generasi

yang terjatuh ke dalam lubang yang sama

berkali-kali.

Mereka tidak berhati-hati.


Kemudian datang pula generasi

yang dijatuhkan ke dalam lubang yang sama

berkali-kali.

Mereka tidak peduli

kerana sudah "tiada hati".


Beginilah antara masalah hati.


1/1/23

No comments: