Saturday, January 14, 2023

Sekadar Menanti Bagai Ayam Daging di Reban

 

Ibarat ayam daging di dalam reban. Walau sudah tahu nasib mereka akan jadi sebagaimana nasib rakan2 yang mendahului mereka namun mereka tetap tidak mahu bertindak apa2 melainkan hanya menunggu, berdoa dan bertawakkal agar berlaku keajaiban yang membuatkan mereka tidak terpilih pergi atau sekurang2nya hari mereka terpilih pergi itu lambatttt lagi sampainya.


Daripada 1000 ekor ayam di reban, memanglah akan ada 1-2 ekor yang terlepas lari, 5-6 ekor yang mati sebelum sempat terpilih, 7-8 ekor lagi tersaring (reject) kerana berpenyakit, dan sebagainya. Namun secara keseluruhannya, 95% akan tetap terpilih pergi, cuma menanti masa.


Begitulah kisah nasib sebahagian umat Islam di serata dunia pada zaman penjajahan dahulu. Semoga ia tidak berulang kembali.


7/1/23

No comments: