Wednesday, August 4, 2021

Kurangkan tidur.

 Sewaktu berusia 35 tahun dan ke bawah dulu, memang terbiasa tidur 3 jam setengah sahaja setiap hari. Tetapi apabila meningkat usia 35 tahun ke atas, jadi 4 jam ke 4 jam setengah sehari semalam. Sampai usia 40-an, jadi 5 jam ke 5 jam setengah. 

 

Kini "tuntutan zaman" dan tanggung jawab membuatkan kena berusaha kembali agar dapat tidur 3 jam setengah sahaja sehari semalam. Sudah masuk minggu ketiga berusaha. Kadang-kadang siang hari terpaksa melelapkan diri juga 1-2 jam. Itu pun masih berasa tidak cukup masa. Memang betullah, masa terasa semakin pendek. Betul jugalah kata orang tua-tua, urusan manusia pada zaman akhir adalah lebih banyak daripada masa yang ada. Doa2kan.

No comments: