PENANYA
:
Assalamualaikum.
Mohon pencerahan tentang perkara agama Islam membenarkan minuman arak
kepada orang-orang kafir atas dalil dan nasnya.
PENJELASAN
:
Waalaikumussalam.
Persoalan yang diminta jawab ialah tentang “AGAMA ISLAM MEMBENARKAN
MINUMAN ARAK KEPADA ORANG-ORANG KAFIR ATAS DALIL DAN NASNYA:.
Jadi,
(oleh kerana bahagian) itu sahaja yang disentuh, maka (bahagian) itu
sahajalah yang dijawab, supaya tidak terkeluar daripada soalan. (yang
selain daripada itu, tidak akan dikaitkan)
(*Kenal
pasti kata-kata kunci yang ada dalam soalan tersebut iaitu :
i)
Agama Islam
ii)
membenarkan
iii)
minuman arak
iv)
kepada orang-orang kafir
Frasa
kuncinya pula ialah “AGAMA ISLAM MEMBENARKAN”)
Jawapannya
- AGAMA ISLAM TIDAK MEMBENARKAN minum arak kepada orang-orang kafir,
sebagaimana agama Islam tidak membenarkan menyembah selain Allah
(yang dosanya lebih besar daripada dosa minum arak) kepada
orang-orang kafir.
(*Dalam
hal minum arak, salah guna dadah, sembah berhala, dedah aurat dan
sebagainya, agama Islam tidak membenarkan sama ada kepada orang Islam
ataupun kepada orang bukan Islam)
(*Yang
ditanya adalah tentang AGAMA ISLAM, maka djawab tentang AGAMA ISLAM.
Tidak disentuh tentang NEGARA ISLAM, NEGARA BUKAN ISLAM, MASYARAKAT
ISLAM, MASYARAKAT MAJMUK, dan sebagainya. Harap jelas di situ)
Dalilnya...
surah Al-Maidah ayat 90 dan hadith Bukhari Muslim “Setiap yang
memabukkan adalah HARAM.”
(*Untuk
orang Islam pun haram hukumnya, untuk orang bukan Islam pun haram
juga hukumnya)
PENANYA
:
Jadi,
apa yang diperkatakan oleh saudara kita Takiuddin (*seorang menteri di Malaysia) itu macam mana pulak?
PENJELASAN
:
Apa
yang diperkatakannya tu?
Cuba
tuan tulis semula bahagian yang hendak ditanya.
Kerana
berdasarkan pengalaman saya menjawab persolaan-persoalan di internet
yang melibatkan video, audio dan artikel sejak 1999 lagi, lebih 90
peratus penanya soalan yang berdasarkan 3 sumber ini, sebenarnya
mereka tidak tahu pun apa yang mereka hendak tanya. Melainkan kita
minta mereka tulis sendiri bahagian yang hendak ditanya itu, maka
barulah mereka sendiri faham apa yang mereka nak tanya sebenarnya.
Jadi,
apa yang dikata oleh Takiuddin yang hendak ditanya itu?
PENANYA
:
(*Penanya
hantar satu screenshot yang agak panjang).
Yang
ini.
PENJELASAN
:
Banyak
tu! Boleh jadi dua buku kalau saya kupas. Satu buku fekah dan satu
buku perbandingan agama. Jenoh le saya.
Cuba
tuan kod kan satu dulu, kerana terlalu banyak isu di dalam tu.
Kurang-kurang
pun, pilihlah satu perenggan dulu. Dalam satu perenggan tu pun dah
banyak sudut nak dikupas. Persoalannya terlalu luas kerana tak
dispesifikkan yang mana satu.
Tuan
pilih perenggan yang mana dulu?
PENANYA
:
(*Penanya
petik satu bahagian sebagaimana berikut)
“...hak
itu masih dibenarkan kepada yang bukan Islam kerana ia dibenarkan
oleh syariat.”
PENJELASAN
:
Ok.
Bolehlah...walaupun ayatnya tergantung.
Untuk
menjawab persoalan ini, kita memerlukan satu maklumat awal yang
sangat penting. Tanpa maklumat awal ini, kita tak akan jumpa arah
bagaimana hendak merungkaikan jawapannya.
Maklumat
itu ialah..
Sefaham
tuan, adakah menyembah berhala, menyembah Jesus, memakai seluar
pendek bagi wanita di jalanan, dan memakan daging babi itu merupakan
umumnya HAK YANG DIBENARKAN OLEH SYARIAT KEPADA YANG BUKAN ISLAM?
Jawapannya
mudah je... ya atau tidak.
Daripada
situ barulah senang nak dihuraikan jawapannya.
PENANYA
:
“...engkau
dengan agama engkau, aku dengan agama aku...”
Itu
yang saya pegang.
Cuma
dalam perkara arak ini, saya tak nampak yang ianya baik untuk kita
benarkan kepada yang bukan Islam kerana kita majmuk. Sedikit-sebanyak
ia memberi tempias kepada kita orang-orang Islam.
Seperti
contoh.. kemalangan jalan raya.
PENJELASAN
:
Tak
menjawab persoalan tu. Ye atau tidak je.
Adakah
menyembah tokong itu HAK YANG DIBENARKAN OLEH SYARIAT KEPADA YANG
BUKAN ISLAM.
Yang
itu sahaja dulu.
Tentang
pegangan kita, tak masuk lagi.
Tentang
ia baik atau tidak, tak masuk lagi.
Tentang
masyarakat majmuk pun tak masuk lagi.
Sebab
kita nak luruskan terlebih dahulu agar HAK yang sedang kita
bincangkan ini sama ke dengan HAK yang dimaksudkan oleh Takiuddin
itu?
Kalau
tak sama, sia-sialah perbincangan kita. Jadi, nak kena samakan dulu.
PENANYA
:
(*Jawapannya)
Ya.
PENJELASAN
:
Kalau
begitu, barulah jelas maksud HAK yang tuan maksudkan. Sama le dengan
maksud Takiuddin tu.
Oleh
kerana menyembah berhala, menyembah Jesus, menyembah tokong (yang
semua ini lebih berdosa dan lebih berbahaya di sisi agama Islam
berbanding minum arak), makan babi, pakai seluar pendenk bagi wanita
di depan umum bagi orang-orang bukan Islam merupakan HAK YANG
DIBENARKAN OLEH SYARIAT KEPADA YANG BUKAN ISLAM, maka... nampaknya
sama sahajalah dengan kata-kata Takiuddin tu iaitu lebih kurang
maksud kata-katanya MINUM ARAK MASIH MERUPAKAN HAK YANG DIBENARKAN
OLEH SYARIAT KEPADA YANG BUKAN ISLAM.
Jadi,
apa yang tuan nak tanya?
(*Sama
sahaja nampaknya pegangan penanya dengan pegangan Takiuddin yang
dipersoalkannya itu. Pelik juga.)
PENANYA
:
...namun
saya tetap berpendapat cara dan kaedah memberi masih perlu
diperketatkan sehinggalah kepada pemansuhan. Dan kita sebagai sebuah
negara Islam tidak boleh la pulak nak ambil untung daripada urusniaga
arak tu... hanya sekadar benarkan mereka minum kerana itu hak, tapi
apa yang berlaku dalam negara kita Islam hari ini ialah...kerajaan
dah memperniagakan arak. Jadi, di mana kesuciannya Islam di negara
kita ini?
PENJELASAN
:
Isu
1. Cara dan kaedah memberi masih perlu diperketatkan.
Ulasan
: Sangat setuju. Dan nampaknya yang ini memang sedang berjalan
sedikit demi sedikit. Sekarang undang-undang penjualan arak semakin
diperketatkan, sampaikan jadi isu le pulak, bahkan ada pula yang mahu
dilonggarkan kembali termasuklah oleh yang beragama Islam pun ada.
Bahagian ini nampaknya sama dengan pendapat tuan. Cantik.
Isu
2. Sehinggalah kepada pemansuhan.
Ulasan
: Yang ini juga sangat setuju. Sama juga dengan pendapat tuan.
Cantik.
Cuma
dari segi logiknya, selagi negara kita :
a)
tidak menggunakan SISTEM ISLAM (*keseluruhannya) sebagai SISTEM
NEGARA dan SISTEM PERUNDANGAN NEGARA
b)
dan selagi ORANG/PIHAK YANG MEMPERJUANGKAN perundangan Islam sebagai
perundangan negara itu tidak dapat MENJADI YANG PALING BERKUASA DALAM
NEGARA, sekalipun mereka TURUT BERKUASA tetapi BUKAN YANG PALING
BERKUASA...
....rasanya
tinggal harapan sahajalah. Hampir-hampir mustahil untuk dicapai,
melainkan angan-angan kosong.
Untuk
menjayakannya, kita sendiri kena berperanan berusaha berhabis-habisan
untuk :
a)
menjadikan SISTEM ISLAM (keseluruahnnya) sebagai SISTEM NEGARA dan
SISTEM PERUNDANGAN NEGARA.
b)
menjadikan ORANG/PIHAK YANG MEMPERJUANGKAN SISTEM ISLAM itu sebagai
YANG PALING BERKUASA dalam negara ini.
Selama
hari ini, setakat mana kita sendiri sudah mengusahakan dua perkara
ini?
Isu
3. Hanya sekadar benarkan mereka minum kerana itu HAK.
Ulasan
: Ok, tiada masalah. Kita benarkan. Itu hak (*sebagaimana pegangan
penanya dan pegangan Takiuddin). Memang inilah yang berlaku selama
hari ini pun di negara kita ini. Jadi, tiadalah ulasan lanjut.
Isu
4. Kerajaan perniagakan arak.
Ulasan
: Itulah, sudah dikatakan... selagi dua perkara dalam point no. 2
tadi tidak menjadi kenyataan, rasanya hampir-hampir pasti hal ini
akan berterusan dari dulu, kini dan selamanya walau siapa pun yang
berkuasa dan PALING BERKUASA di negara kita ini.
Kita
kena bina peranan kita sendiri untuk mencapai kedua-dua hal tersebut.
Selama hari ini, sudah seberapa banyak kita berkorban untuk
mendapatkan kedua-duanya?
5.
Di mana kesuciannya Islam di negara ini?
Bab
ini meluas skopnya.
Salah
satu kesuciannya yang paling jelas ialah Islam menjadi sistem kepada
negara ini dan pihak-pihak yang paling berkuasa itu ialah mereka yang
berjuang mahu mendaulatkan Islam sebagai sistem negara ini. Jika ini
berjaya, barulah lebih nampak kesucian Islam. Mengapa kesucian
bahagian ini kita tidak pula kita uar-uarkan?
Namanya
negara umat Islam, umat Islam paling ramai, pemimpin Islam paling
ramai, tiba-tiba.... sistem negara dan perundangan negara bukan bukan
yang (100 peratus) Islam tetapi yang Barat, yang universal dan yang
bercampur-campur (termasuklah yang daripada Islam sedikit). Mengapa
pada bahagian ini kita tak timbulkan pula isu “di mana kesuciannya
Islam di negara kita ini”?
(*Bahagian
ini ditimbulkan sekadar untuk menyeimbangkan cara memandang penanya,
namun sudah tiada tanggapan selanjutnya daripada penanya)
PENANYA
:
Surah
Al-Maidah ayat 90.... Dalam ayat 90 ni, Allah rangkum sekali... arak,
judi, berhala, nasib dsb dilarang... tapi dalam kenyataan Takiuddin
tadi, dia kata arak boleh, judi tak boleh. Takiuddin kata tak ada
agama yang membenarkan judi.
PENJELASAN
:
A.
Katanya (Takiuddin) : “Tiada agama yang membenarkan judi.”
B.
Katanya juga : “Arak, sebahagian agama membenarkannya.”
Setakat
yang saya tahu, memang tak ada agama yang membenarkan judi. Kalau
saya ada terlepas pandang, wallahu’alam.
Tentang
arak, sefaham saya, memang ada sebahagian agama yang membenarkannya.
Jadi,
pada bahagian mana yang ada isunya?
PENANYA
:
(*Memberikan
satu video, yang saya tidak buka pun)
Boleh
dengar semula kata-kata Takiuddin tentang perkara arak dan judi tu.
PENJELASAN
:
Macam
yang saya kata sebelum-sebelum ini le...saya tak buka video, tak
dengar audio dan tak baca artikel yang diminta jawapan, kerana lebih
90 peratus penanya soalan tak tahu pun apa yang dia persoalkan.
Melainkan jika si penanya tu cakap sendiri atau tulis sendiri apa
yang dia nak tanya.
(*Contohnya
si penanya sendiri. Dia mempertikaikan “hak” yang dikatakan oleh menteri itu, tetapi rupa-rupanya pegangannya tentang “hak”
itu sama sahaja dengan pegangan pihak yang dipertikaikannya).
Selalu
orang bagi kepada saya video puluhan minit dan ada yang sampai dua
jam setengah, lepas tu dia tanya...
-
Apa pandangan ustaz? Atau..
-
Betul ke apa yang penceramah ni kata? Atau...
-
Ustaz komen sikit.
Dan
seumpamanya.
Muntah
hijau le saya dibuatnya. Kita pulak yang jadi kerja nak tolong tonton
dan tolong kupas. Almarhum. Hehe.
Melainkan
si penanya menunjukkan yang dia faham tentang isi kandungan video,
artikel atau audio itu dan menzahirkannya dalam bentuk kata-katanya
atau tulisannya sendiri. Lepas itu barulah saya akan jawab
berdasarkan soalan itu, kerana soalan itu menunjukkan pemahaman si
penanya terhadap video, audio atau artikel yang disuruhnya kita semak
itu.
Hari
ini sahaja di facebook ada dua video dan satu artikel panjang, minta
pandangan saya. Satu video tu 1 jam 40 minit. Minta maaf le. Tak
terdaya nak membantu, melainkan si penanya keluarkan sendiri apa
isunya dan apa yang hendak ditanya. Kalau tidak, arwah dah sahabat
tuan ini (kerana lelahnya).
PENANYA
:
Hi
hi hi.
(*Soal
jawabnya terhenti di situ sahaja. Maka tidaklah sahaya panjangkan lagi. Entahlah apa niat sebenarnya tiba-tiba bertanya tentang fiqh dan politik, kerana selama hari ini sahaya lebih berada di bidang 'aqidah dan tasawuf).
Abu
Zulfiqar
26
November 2020