Dalam Tariqah Al-Ghazaliyyah ini, ada satu amalan asas
yang disebut sebagai Zikir Harian. Pada setiap hari, ada satu kalimah zikir
yang sangat bagus jika dapat engkau lafazkan (sama ada di lidah, atau di hati,
atau pada kedua-duanya serentak).
a)
Jumaat – Ya Allah 1000x
b)
Sabtu – La Ilahaillallah 1000x
c)
Ahad – Ya Hayyu, Ya Qayyum 1000x
d)
Isnin – La haula wa la quwwatillabillah 1000x
e)
Selasa – Allahumma solli ‘ala Muhammad 1000x
f)
Rabu – Astaghfirullah 1000x
g)
Khamis – Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil
‘azim (atau Subhanallhi ‘azimi wabihamdih) 1000x
Jumlahnya lebih kurang 1000x. 1000 itu adalah untuk
menunjukkan banyak. Agak-agak sahaja lebih kurang 1000x, tidak mesti 1000x
tepat. Sekiranya mahu ditepatkan 1000x, hal itu adalah bagus.
Jangan lebih banyak daripada 1000x, kerana disusun
sesuatu itu sebegitu tentunya ada hikmah di sebaliknya, yang insya-Allah akan
engkau ketahui dan seterusnya fahami pada kemudian hari nanti.
Tidak ada sesuatu yang dibuat secara sia-sia tanpa maqsud
(matlamat) tertentu dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Maka, mudahkan diri kita,
kita turut sahaja akan adab-adab yang dianjurkan oleh para pendahulu kita dalam
jalan ini. Jika tidak, dikhuatiri kita memang akan mengalami peningkatan diri
TETAPI dalam masa yang sama sebenarnya kita tidak berjaya mencapai maqsud yang
dimaqsudkan oleh pengasas tarekat ini iaitu Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
Selamat mengamalkan Zikir Harian.
No comments:
Post a Comment