Sampai kepada sahaya bahawa seorang ustaz memegang
prinsip tidak bekerja dengan kerajaan tetapi bekerja dengan Allah, maka Allah
adalah majikannya.
Pandanga sahaya :
Ya. Orang berkerja dengan kerajaan atau tidak, ringkas
kata kedua-duanya bekerja dengan Allah dan Allah adalah majikan mereka. Jadi,
tidak ada sebarang isu pada bahagian ini.
Melainkanlah sekiranya si ustaz berpandangan bahawa bekerja
dengan kerajaan itu ertinya tidak bekerja dengan Allah dan Allah bukan majikan
mereka. Maka, barulah ada isu. Jelas?
Jika mereka (muslim, mu’min, muhsin) yang bekerja dengan
kerajaan itu dikira sebagai tidak bekerja dengan Allah, apakah mereka itu
sedang bekerja dengan selain Allah dan Allah bukan majikan mereka? Adakah
mereka bekerja dengan Jesus, Gautama Buddha, Krishna, Zeus, Zheng He atau
lain-lain dan semua itu pula yang menjadi majikan mereka? Tentulah tidak,
kerana mereka yang bekerja dengan kerajaan tetap bekerja dengan Allah dan tetaplah
Allah majikan mereka.
Antara orang-orang yang jauh lebih hebat daripada kita,
yang mereka bekerja dengan kerajaan ialah :
1.
Nabi Yusuf as
2.
Nabi Dawud as
3.
Nabi Sulaiman as
4.
Saiyidina Abu Bakar
5.
Saiyidina Umar
6.
Saiyidina Uthman
7.
Saiyidina Ali
8.
Huzaifah ibnu Yaman
9.
Abu Hurairah
10.
Khalifah Umar Abdul Aziz
11.
Imam Asy-Syafi’i
12.
Imam Al-Ghazali
13.
Imam
Ahmad Al-Ghazali
14.
Salahuddin Al-Ayyubi
15.
Sultan Muhammad
Al-Fateh
16.
Shamsuddin Al-Wali
17.
Sebahagian Wali Songo
dan sangat ramai lagi.
Apakah mereka tidak bekerja dengan
Allah dan Allah bukan majikan mereka?
2 Jun 2020
No comments:
Post a Comment