Segala amal yang FARDHU dan WAJIB, mestilah engkau
selesaikan tanpa gagal.
Amal-amal itu diselesaikan bukan kerana engkau hendak
mengamalkan Tarekat Ghazaliyah, tetapi kerana amal-amal itu memang sudah MESTI
engkau selesaikan, tidak kira sama ada engkau bertarekat dengan Tarekat
Ghazaliyah atau pun tidak.
Sepatutnya, sebelum engkau berTarekat Ghazaliyah lagi
amal-amal tersebt sudah biasa engkau selesaikan dengan jayanya.
Sekiranya engkau belum dapat menyelesaikan amal-amal
tersebut tetapi engkau mahu berTarekat Ghazaliyah, tentu sahaja tidak menjadi
sebarang masalah. Semoga melalui tariqah ini engkau akan lebih mudah menyelesaikan
segala amal-amal fardhu dan wajibmu.
Amal fardhu yang paling penting ialah SOLAT FARDHU YANG 5
WAKTU dalam sehari semalam, sebagaimana solat fardhunya Rasulullah saw, para
sahabat baginda sehinggalah kepada seluruh umat Islam hari ini. Solat fardhu
arus perdana ini mestilah engkau selesaikan sehinggalah ke akhir hayatmu, walau
setinggi mana pun maqammu dalam jalan keruhanian ini nanti.
Jadi, lengkapkanlah yang 5 waktu sehari semalam itu
sehinggalah ke akhir nafasmu di dunia yang sekejap ini.
No comments:
Post a Comment