Friday, May 29, 2020

Amal Tarekat Ghazaliyah daripada Paling Basic (Pengenalan)


Pada bulan Ramadhan 2020 yang lalu, salah seorang sahabat lama kami (lebih kurang 20 tahun kenal) ada meminta “tips untuk start PALING BASIC amalan Tariqah Al-Ghazaliyyah” kerana beliau berhajat untuk bermula “daripada yang BASIC SEBASIC-BASICNYA”. Maka tergeraklah hati sahaya untuk mengarang serba-sedikit tentang maklumat berkenaan sebagai memenuhi hajat beliau, dan sekaligus sebagai simpanan dan rujukan bagi orang-orang yang berhajat pada kemudian hari. Dengan itu, diharapkan agar tidaklah perlu untuk kami mengulang-ulang kerja menulis penerangannya pada kemudian hari buat orang-orang lain yang berhajat.

Dalam karangan ini, sahaya akan tumpukan kepada AMALAN ASAS sahaja. Jadi, tidaklah akan diceriterakan tentang asal-usul, susur-galur, matlamat, tokoh-tokoh, potensi, hal ehwal yang tinggi-tinggi dan sebagainya. Hanya penerangan tentang AMALAN ASAS sahaja. Doa-doakan.

No comments: