Sunday, May 17, 2020

Raya Sehari Sahaja

Kita kembali ke asal, kerana sememangnya Hari Raya Aidil Fitri itu sehari sahaja. Namun tidaklah menjadi kesalahan untuk kita meneruskan kemeriahannya lebih daripada sehari.
Sudah menjadi budaya bagi KEBANYAKAN orang2 di negara ini meneruskan kemeriahannya selama sebulan. Dan yang terlebih daripada sebulan pun ada je majlis2nya (pada tahun2 sebelum ini).
Perayaan utama agama Islam ialah Hari Raya Aidil Adha, tapi masyarakat hari ini UMUMNYA lebih merasakan meriah Aidil Fitri kerana :
1. Promosi oleh media dan dunia hiburan.
2. Bersyukur berjaya melalui Ramadhan (*tapi ramai juga yang berasa lega sebab Ramadhan dah habis, dah bebas kononnya).
3. Cuti Aidil Fitri lebih panjang daripada cuti Aidil Adha.
4. Masa Aidil Adha, ada sebahagian orang terutamanya ibu bapa berada di Tanah Suci. Masa Aidil Fitri, mereka ada di rumah/ di kampung.
5. Biasanya ada bonus daripada majikan sempena Aidil Fitri. Untuk Aidil Adha, tak ada.
6. Lebih ramai orang pulang ke kampung (rumah ibu bapa) pada Aidil Fitri.
7. Meriah dengan bunga api, mercun dan meriam.
8. Banyak jualan murah (kadang2 tak murah pun, nama je murah).
Berayalah dan jagalah tuntutan2 agama.
15/5/2020

No comments: