Sunday, June 8, 2025

Terangkatnya Tirai Lauh Mahfudz

“Kadang2 maklumat terus daripada lauhul mahfudz ini terbuka dan ditangkap oleh qalbu manusia sekali imbas sahaja. Dan amat jarang ia terbuka lama atau berpanjang2. Maklumat terus itulah ilmu ladunni.”

 

“Kadang2, kita tak berjalan pun ke arah langsir dan tak selak pun langsir tu,

tiba2 langsir tu terselak dengan sendirinya kerana ditiup oleh angin. Maka kita pun ternampaklah apa yang ada di sebalik langsir itu secara sepintas lalu.

Inilah ilmu wahyu dan ilmu ladunni.  Maklumat jenis ini manusia tak usaha, tapi ia datang sendiri.”

 

“Kupasan lanjut atau perinciannya ada dalam syarahan satu lagi kitab Imam al-Ghazali iaitu Risalah al-Ladunniyah, yang pernah saya syarahkan, dan sekarang sedang disyarahkan oleh Ustazah Muss al-Ghazali. Imam al-Ghazali buat satu kitab khusus nak cerita tentang ilmu ladunni.”

 

-          Petikan2 pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-295 (syarahan Latihan Qalbu kali ke-17) oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali


No comments: