Pertanyaan : Boleh saya tanya Tuan Guru, apa pandangan Tuan Guru pula mengenai Fiqh Tahawwulat yang diajarkan Almarhum Habib Abu Bakar Adni Al-Masyhur dan Disiplin Eskatologi Islam yang diajarkan oleh Maulana Syeikh Imran Hosein ya?
Jawapan : Habib Abu Bakar al-Adni bagus. Dia berusaha untuk menyusun ilmu tentang memahami akhir zaman. Ada persamaan2 juga antara ilmu as-sa’ah dan ilmu fiqh tahawulat, dan ada perbezaan2. Ilmu As-Sa’ah disusun oleh Imam al-Ghazali lebih 900 tahun dahulu. Fiqh Tahawulat disusun oleh Habib Abu Bakar al-Adni lebih kurang 30-40 tahun dahulu.
Ilmu eskatalogi Islam ini ada banyak orangnya. Salah seorang yang begitu terkenal ialah Syeikh Imran Hossein, mengikut caranya yang tersendiri. Cuma ilmu eskatalogi aliran Imran Hossein ini banyak longgarnya. Sebab itu isi kandungan ajarannya sering berubah2, sangat tidak tetap. Beliau cukup suka buat jangkaan itu ini dan jangkaan2nya selalu sahaja tidak menjadi. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment